Dato’ Azwanddin Hamzah
Permainan Bangsa DAP semakin licik. Saban hari, semakin ramai pemimpin-pemimpin Melayu-Islam seperti Mujahid sedang giat diperalatkan oleh Bangsa DAP bagi tujuan mencapai matlamat jahat mereka.
Dalam pendedahan baru-baru ini, di sidang media pertama G3, saya telah berkata, bahawa Bangsa DAP sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengambilalih semua GLC dan juga syarikat-syarikat hakmilik kerajaan, terutama sekali syarikat-syarikat yang berlandaskan prinsip Islam dan Syariah.
Baru-baru ini, menteri agama kita, yang sememangnya gagal memahami audit yang dikeluarkan Tabung Haji (TH), telah dengan mudah meletakan tomahan dan kesalahan kepada beberapa pemimpin yang kononnya sebelum ini telah melakukan kesalahan. Setelah beberapa kali bertemu dengan sahabat-sahabat saya dari dalam TH, saya mendapat tahu bahawa pekara ini sudah dirancang dengan sengaja untuk menimbulkan presepsi negetif kepada rakyat.
Hakikatnya, menteri agama telah di peralatkan oleh Bangsa DAP untuk menjadikan TH satu isu menerusi pengumuman bahawa TH perlu duduk di bawah Bank Negara. Masakan perkara ini tidak dirancang, sedangkan kebiasaannya, seseorang menteri itu perlu memanggil audit bebas terlebih dahulu dan bukan tergopoh-gapah membuat keputusan.
Untuk pengetahuan umum, oleh kerana Bank Negara terletak di bawah kementerian kewangan, penguasaannya adalah secara tidak langsung oleh Bangsa DAP, iaitu bangsa yang telah sekian lama mempersoal hak istimewa orang-orang Melayu-Islam. Maknanya, Bangsa DAP telah secara langsung mula menguasai satu perbadanan yang diamanahkan untuk mengurus duit deposit umat Melayu-Islam yang balal menunaikan fardhu Haji. Dengan cara inilah Bangsa DAP sedang beransur-ansur mengambil alih segala aset-aset umat Islam di negara ini.
Kita perlu sedar bertapa liciknya permainan Bangsa DAP dalam usaha mereka menguasai ekonomi dan dan hak umat Islam di negara ini. Mereka giat memperalatkan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam seperti Mujahid untuk melepaskan kuasa ekonomi orang Melayu kepada Bangsa DAP. Lim Guan Eng, merangkap Menteri Kewangan, telah berjaya menjadikan menteri agama kita sebagai tunggangan Bangsa DAP dalam mencapai matlamat mereka.
Justeru itu, saya sarankan kepada semua umat Islam dan Melayu supaya melancarkan satu usul untuk menolak Mujahid kerana jelas beliau telah mengkhianati bangsa dan agamanya. Kita perlu sedar, bahawa Bangsa DAP akan terus mengunakan pemimpin Melayu-Islam seperti Mujahid untuk mengambil alih hak-hak orang Melayu dan Islam di negara ini.
