“Kerajaan menjadikannya amat sukar bagi rakyat prihatin membantu mangsa banjir pada peringkat awal, dan perkara ini telah didedahkan oleh seorang penghuni menerusi video di bawah ini…”
Raggie Jessy Rithaudeen
بنجير 2021: سيتواسي سبنر د تامن سري مودا – باڽق يڠ كراجأن تيدق چريتاكن كڤد رعيت
Taman Sri Muda merupakan salah satu kawasan yang paling terjejas di Selangor akibat banjir kilat yang melanda baru-baru ini, dengan kerugian awal 4,400 rumah dianggarkan di sekitar RM396 juta.
Setiap keluarga perlu menanggung sekurang-kurangnya RM7,000-8,000 bagi menampung kos kerosakan, dan kos ini boleh mencecah RM15,000 jika kerosakan pada kenderaan turut diambil kira.
Namun, kerajaan persekutuan hanya menawarkan bantuan RM1,000 kepada setiap keluarga.
Bantuan kecemasan yang sampai pun menimbulkan tanda tanya apakah kerajaan benar-benar ingin membantu mangsa banjir di Selangor atau sekadar “mengambil syarat” bagi meredakan kemarahan rakyat.
Ya, rakyat cukup marah, dan kemarahan ini disebabkan sikap pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri yang terang-terang bermain “lepas tangan” dalam soal bantuan kepada mangsa banjir Selangor.
Rabu lalu, Menteri Besar Selangor mendedahkan bahawa beliau sebenarnya telah merayu kepada Ismail Sabri untuk “mengerahkan aset persekutuan” ke lokasi banjir, namun diberitahu oleh Perdana Menteri bahawa itu adalah di bawah bidang kuasa Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bukan dia.
Manakala itu, portal The Rakyat Post melaporkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia mahu membantu usaha bantuan banjir di Selangor yang bermula pada Jumaat (17 Disember) sekitar tengahari – namun tidak mendapat persetujuan daripada NADMA.
Menteri-menteri kabinet pula sibuk bercuti di luar negara, dan yang ada meraikan majlis-majlis dalam suasana ‘serba mewah’ dan meriah tatkala rakyat menderita (RUJUK PENDEDAHAN DI BAWAH):
SEMUA MAIN LEPAS TANGAN, MENTERI SIBUK BUAT MAJLIS
Akhirnya, bila bantuan kecemasan sampai ke Taman Sri Muda, ianya terus dibawa ke satu lokasi, keudian pihak terbabit mendirikan khemah dan hanya menunggu di situ.
Kawasan Taman Sri Muda cukup luas, dan kehadiran pasukan bantuan ini tidak disedari ramai.
Sepatutnya, mereka yang dikerah ke lokasi banjir prihatin terhadap permasalahan setempat dan mendapatkan maklumbalas daripada penghuni berhubung tahap sebenar kemudaratan dan apa yang benar-benar diperlukan.
Ini tidak, mereka terus duduk di kawasan khemah dan ada yang dilihat melayan telefon bimbit, mengharapkan mangsa banjir yang kehilangan segalanya dan sibuk membersihkan halaman rumah berjalan jauh hanya untuk membawa pulang beras 5kg yang tidak diperlukan.
Inikah yang dimaksudkan dengan bantuan kecemasan? Cuba cerita, bila periuk nasi sudah rosak, macam mana nak masak beras yang dihulurkan?
Saya dapati misi bantuan yang diusahakan oleh sekumpulan rakyat prihatin atas inisiatif dan pendanaan sendiri (rujuk gambar di atas dan bawah ini) jauh lebih berkesan dan bermakna berbanding bantuan kerajaan pusat yang sekadar mengambil syarat.
Artikel bersambung di bawah
Kumpulan prihatin ini bertindak mendapatkan maklumbalas terlebih dahulu daripada penghuni tentang bantuan yang benar-benar diperlukan, antaranya, serbuk pencuci, sarung tangan, bleach, air bersih dan bahan makanan yang tak perlu dimasak (biskut, buah).
Mereka bergerak dari rumah ke rumah selama lebih dua hari bagi menghulurkan barangan ini dan turut membantu membersihkan halaman rumah atau membaik pulih peralatan di mana perlu.
Inilah yang dikatakan bantuan kecemasan, bukannya aksi membawa trak-trak besar yang bertapak di satu lokasi, mengharapkan mangsa banjir yang sedia terseksa berjalan jauh untuk mengangkut paket beras 5kg.
Bantuan seharusnya berterusan, sekurang-kurangnya bagi tempoh 3-5 hari, kerana kebanyakkan kenderaan penghuni rosak teruk akibat banjir, dan jika berlaku apa-apa kecemasan (anak sakit atau tiada makanan), rakyat yang jadi sandaran.
Ya, daripada mengharapkan bantuan kerajaan, lebih baik penduduk Selangor harapkan rakyat prihatin. Inilah maksud sebenar di sebalik slogan “rakyat jaga rakyat.”
Namun, kerajaan pusat menjadikannya amat sukar bagi rakyat prihatin membantu mangsa banjir pada peringkat awal, dan perkara ini telah didedahkan oleh seorang penghuni menerusi video di bawah ini:
