BANTUAN PEJUANG UNTUK WARGA KAMPUNG LIMAU, LEMBAH PANTAI YANG TERLIBAT PKPD

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

بنتوان ڤجوڠ اونتوق ورڬ كامڤوڠ ليماو، لمبه ڤنتاي يڠ ترليبت ڤقڤد

Syukur alhamdulillah misi PEJUANG di bawah PEJUANG WILAYAH PERSEKUTUAN, PEJUANITA, PEJUANITA MUDA dan PEJUANG MUDA telah berjaya mendapat kelulusan dari pihak penguatkuasa undang-undang serta MKN bagi menghulurkan bantuan ikhlas kepada penduduk flat PPR Kpg Limau, Lembah Pantai yang terlibat di bawah tempoh PKPD.

Pihak kami telah berjaya menghantar satu lori bantuan telor ayam kepada 632 buah rumah yang terlibat di bawah ‘lock down’ ini.

Kepimpinan PEJUANG berdoa serta berharap agar sedikit bantuan ikhlas ini akan meringankan bebanan penghidupan seharian penduduk-penduduk di flat PPR Kpg Limau, Lembah Pantai serta insya-Allah akan cuba merancang bantuan seterusnya sehingga PKPD ini ditarik-balik tempohnya.




PEJUANG senantiasa berdoa kepada keseluruhan penduduk-penduduk  yang terlibat agar dilimpahkan kesejahteraan, keselamatan peribadi mereka dan dilindungi dari wabak pandemik covid19. Ameen.

Insya-Allah, PEJUANG akan terus komited untuk memantau seterusnya membantu seluruh penduduk-penduduk yang terlibat dari masa ke semasa.

WAJIB BACA: 

LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...