Raggie Jessy Rithaudeen
Penularan klip-klip ‘semburit’ terbaru yang memaparkan adegan sama melibatkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dan orang yang dikatakan mirip Dato’ Seri Azmin Ali tidak mendapat sambutan hangat sepertimana penularan sebelum ini yang berjaya gegarkan internet.
Satu penjelasan yang mungkin ialah rakyat sudah mula muak dengan isu-isu yang jelas tidak akan meningkatkan taraf hidup mereka dan lebih mementingkan pelan tindakan yang mampu menangani masalah kos sara hidup yang tinggi.
Menerusi beberapa pertemuan rawak dengan golongan muda di kawasan Subang Jaya dan Petaling Jaya dalam tempoh sebulan ini, saya mendapati hampir kesemua yang ditemuramah tidak begitu menghiraukan isu semburit dan lebih mementingkan resolusi pihak kerajaan berhubung peningkatan peluang pekerjaan.
Maklum balas yang diterima daripada beberapa sumber di sekitar kawasan Lembah Kelang, Ipoh dan Pulau Pinang turut menunjukkan kos sara bidup dan peluang pekerjaan menjadi keutamaan golongan muda yang dilihat tidak memberi penekanan langsung terhadap isu Dr Zakir Naik dan Dong Zong.
Pada ketika ini, budaya politik tempatan lebih menjurus ke arah fenomena tuding-menuding tanpa ada usaha mana-mana pihak untuk memberikan idea-idea bernas yang mampu menjurus kepada peningkatan ekonomi negara dan taraf hidup rakyat.
Budaya ini langsung tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak, terutamanya golongan yang terhimpit seperti petani, nelayan, peladang dan penternak yang hanya mampu memerhati dan menggeleng kepala tatkala pemimpin yang mereka sendiri pilih sibuk mengipas polemik persengketaan.
Ya, politik di Malaysia hari ini teramat jijik di mana semua pihak samada sedang cuba memperlekeh perjuangan pihak lain, menguatkan gengaman mereka pada kuasa dan kedudukan ataupun sedang berusaha mendapatkan kuasa menerusi pintu belakang.
Saya amat bersimpati dengan rakyat Malaysia yang terhimpit dan akan melakukan apa sahaja yang terdaya untuk merangka pelan tindakan komprehensif yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Pelan ini turut akan merangkumi cadangan-cadangan melibatkan pendidikan di peringkat tinggi agar graduan-graduan kita mampu berdikari dan berdaya saing dengan hanya berbekalkan bantuan minima daripada pihak kerajaan.
Saya mengalu-alukan cadangan daripada semua pihak, di mana cadangan-cadangan ini boleh dihantar kepada saya menerusi WhatsApp +60164049082. Saya berjanji akan mempertimbangkan semua cadangan yang dikemukakan dan akan melakukan apa yang patut selagi masa mengizinkan.
Wallahu a’lam
FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
