Banyak projek terbatal, rakyat Sabah jadi mangsa politik Perikatan Nasional, Barisan Nasional

Semasa di Kudat, Muhyiddin menyatakan kerajaan PN hanya dapat memberi bantuan kepada Sabah sejauh mana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Sumber (gambar): Fail TTF

باڽق ڤروجيك تربطل، رعيت ساندقن جادي مڠسا ڬنديڠن ڤريكتن ناسيونل، باريسن ناسيونل

Pembatalan banyak Projek Khas untuk rakyat oleh kerajaan gandingan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (PN) jelas menunjukkan kepentingan politik lebih utama berbanding rakyat.

Tindakan pembatalan projek yang dirancang di Sandakan itu merupakan satu tindakan politik balas dendam.

Turut dibatalkan adalah projek jalan raya di persimpangan Jalan St Monica dan memperbaiki rumah orang cacat penglihatan masing-masing bernilai RM1 juta.

Sementara itu, projek naik taraf bernilai RM80 juta untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan yang telah dimulakan kini ditangguhkan, sehingga menimbulkan ketidakpastian apakah ia akan diteruskan.


SANDAKAN: Pembatalan banyak Projek Khas untuk rakyat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (PN) jelas menunjukkan kepentingan politik lebih utama berbanding rakyat.

Tindakan pembatalan projek yang dirancang di Sandakan itu merupakan satu tindakan politik balas dendam.




Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guang Eng berkata, pembatalan itu juga seolah-olah tidak menghormati semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam menjadikan Sabah sebagai rakan kongsi yang setara.

Beliau berkata, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertindak lebih awal untuk menyekat pembiayaan kerajaan persekutuan ke Sabah. Dana diberikan kurang daripada kerajaan sebelumnya.

“Saya telah dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong bahawa projek khas yang diluluskan untuk Sandakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah dibatalkan atau ditangguhkan oleh PN.

“Lima projek untuk Sandakan bernilai RM10.6 juta telah dibatalkan pada 8 Julai.

“Antaranya adalah projek menaik taraf 24 jambatan di Kampung Sim-Sim bernilai RM4.2 juta; pemasangan sistem kumbahan di 400 rumah di Kampung Cina Sim-Sim bernilai RM4 juta; serta projek menaik taraf dewan masyarakat di Tanjong Papat bernilai RM400,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Turut dibatalkan adalah projek jalan raya di persimpangan Jalan St Monica dan memperbaiki rumah orang cacat penglihatan masing-masing bernilai RM1 juta.

Sementara itu, projek naik taraf bernilai RM80 juta untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sandakan yang telah dimulakan kini ditangguhkan, sehingga menimbulkan ketidakpastian apakah ia akan diteruskan.

Loading...

Tambahnya, pembatalan projek khas untuk rakyat Sandakan ini disifatkan sebagai tindakan balas dendam atas keengganan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Warisan Plus untuk menjadi rakan sekutu PN.

Namun, tindakan kerajaan PN itu secara tidak langsung turut menghukum rakyat.

Kerajaan PN juga tidak menghormati semangat MA63 dan cadangan Suruhanjaya Cobbold agar Sabah dilayan sebagai rakan kongsi setara.

Semasa di Kudat, Muhyiddin menyatakan kerajaan PN hanya dapat memberi bantuan kepada Sabah sejauh mana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Maka, Sabah akan mendapat kurang daripada sebelumnya, kerana kerajaan Sabah yang dipimpin Warisan Plus tidak sehaluan dengan PN.

Guan Eng berkata, bagaimana Sabah boleh dianggap sebagai rakan kongsi setara jika Perdana Menteri boleh mengugut rakyat Sabah untuk menyekat dana pembangunan yang dijanjikan?

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...