Banyak tak kena dalam siasatan kematian Adib

Dato’ Azwanddin Hamzah

Alangkah ajaibnya, bahawa sehingga hari ini, tidak ada tangkapan semula atau sisatan dilakukan terhadap dua kumpulan saksi utama dalam kes rusuhan kuil Seafield, iaitu pihak pemaju dan juga peguam yang dilantik pemaju. Ini menghairankan saya dan membuat saya tertanya-tanya, apakah cerita sebenar yang pihak polis belum dedahkan? Kenapah saksi-saksi ini boleh terlepas begitu sahaja sehinggakan memberi persepsi kepada rakyat seolah-olah kes kematian Arawah Adib sudah selesai?

Saya berharap agar pihak PDRM tidak berasa takut atau tertekan dengan kerajaan, terutama sekali kerajaan bangsa DAP, yang kelihatan seolah-olah sedang menutup penglibatan beberapa pemimpin bangsa mereka dalam kes kematian Adib. Lebih membingbangkan lagi jika ada usaha pihak tertentu untuk merubah laporan bedah siasat bagi melindungi pemimpin-pemimpin tersebut. Saya ingin mengingatkan kepada bangsa DAP, bahawa hampir kesemua kakitangan hospital dan pihak PDRM adalah Melayu-Islam, dimana mereka juga mempunyai perasaan tangunjawab kepada agama dan bangsa.




Kita tidak boleh berdiam diri dalam isu ini tanpa ada sebarang jawapan dari pihak yang bertanggungjawab, khususnya pihak kerajaan persekutuan. Kami berharap, bahawa janganlah kerana pertayaan ini kami dituduh membawa isu perkauman. Ini merupakan satu propaganda murah dan lapok yang selalu digunakan bagi menyekat tuntutan keadilan.

Akhir sekali, Al-Fatihah saya tujukankepada saudara Adib yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga Arwah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...