Barisan Nasional, Perikatan Nasional kelam kabut soal siapa calon Perdana Menteri

Masa terhad yang diberikan untuk membuat keputusan akan membantutkan gejala ‘tawar menawar’ yang sudah sebati dengan dasar sogokkan UMNO dan PPBM di samping mendorong ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional dan Barisan Nasional untuk memutuskan sendiri siapa yang harus disokong tanpa dipengaruhi oleh kepimpinan parti. Sumber (gambar): Fail TTF

“Nyata sekali langkah Istana Negara menghadkan masa sehingga 4 petang esok bijak, dan saya jangkakan langkah ini akan berjaya buktikan kepada rakyat bahawa Perikatan Nasional dan Barisan Nasional tidak mampu menubuhkan sebuah kerajaan stabil dan tidak mampu menamakan calon dengan sokongan majoriti”

Raggie Jessy Rithaudeen

باريسن ناسيونل، ڤريكتن ناسيونل كلام كابوت سؤال سياڤا چالون ڤردان منتري

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Banyak yang sedang dicatur di peringkat kepimpinan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional untuk menentukan siapa harus menjadi calon Perdana Menteri ke-9 untuk dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong esok.

Walaupun Tan Sri Annuar Musa mendakwa lebih 69 ahli parlimen dari luar Barisan Nasional bersetuju untuk meyokong seorang calon dari gabungan itu, kenyataan Annuar disanggah oleh sumber dalaman UMNO yang rapat dengan kepimpinan parti.




Menurut sumber itu, Annuar ‘bermimpi di siang hari’ berhubung sokongan 69 ahli parlimen berkenaan kerana terdesak meyakinkan kepimpinan UMNO untuk menyokong calon tersebut.

Hakikatnya, calon itu ditolak oleh sekumpulan ahli parlimen dari UMNO yang berbelah bahagi antara dua calon lain dan enggan menyokong sesiapa yang berkemungkinan menjadi proksi Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Di sebelah PPBM pula, ada di antara ahli-ahli parlimen dari parti itu tidak yakin dengan struktur kerajaan yang dipimpin semula oleh Muhyiddin samada secara langsung atau menerusi proksi dan dikatakan enggan menyokong ‘calon’ Annuar Musa.

Ini kerana struktur kepimpinan Muhyiddin terbukti rapuh dan tidak mampu menarik sokongan ramai ahli parlimen, sekaligus meningkatkan risiko berlakunya satu lagi krisis politik sebaik selepas Perdana Menteri ke-9 dilantik.

Apa pun, langkah Istana Negara memberikan tempoh terhad kepada semua ahli parlimen sehingga 4 petang esok untuk mengemukakan nama calon Perdana Menteri terbukti satu langkah yang bijak.

Ini kerana masa terhad yang diberikan untuk membuat keputusan akan membantutkan gejala ‘tawar menawar’ yang sudah sebati dengan dasar sogokkan UMNO dan PPBM di samping mendorong ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional dan Barisan Nasional untuk memutuskan sendiri siapa yang harus disokong tanpa dipengaruhi oleh kepimpinan parti.

Nyata sekali langkah Istana Negara bijak, dan saya jangkakan langkah ini akan berjaya buktikan kepada rakyat bahawa Perikatan Nasional dan Barisan Nasional tidak mampu menubuhkan sebuah kerajaan stabil dan tidak mampu menamakan calon dengan sokongan majoriti.

Loading...

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...