Barisan Nasional, Perikatan Nasional sah menipu rakyat

“Hakikat tetap hakikat, dan pejuang yang berlandaskan kebenaran seharusnya berani mendedahkan kepalsuan mana-mana pihak walaupun terpaksa mengaku kesilapan diri sendiri mempercayai kepalsuan itu”

Raggie Jessy Rithaudeen

Mula-mula, kita diberitahu bahawa UMNO, PAS dan PPBM akan membentuk sebuah gabungan baharu bertunjangkan kepimpinan Melayu-Islam demi mencapai hasrat bersama membentuk kerajaan Melayu-Islam.

Kemudian, selepas tumbangnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan, UMNO tiba-tiba mengumumkan tidak akan mengangotai Perikatan Nasional secara rasmi tanpa membincangkan perkara itu terlebih dahulu dengan PPBM dan PAS.




Dalam membuat pengumuman itu, UMNO berkata ia hanya menganggap pembabitannya dalam kerajaan pimpinan Perikatan Nasional sebagai pembabitan bersama ahli-ahli parlimen yang bersekutu, tidak lebih dari itu.

PAS pula bertegas dari awal ingin menjadi sebahagian daripada Perikatan Nasional secara rasmi dan mengulangi komitmennya sebanyak lima kali untuk bersama gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

Kesemua ini menjurus kepada perselisihan terbuka antara UMNO dan PAS dan keputusan PAS untuk mendaftarkan Perikatan Nasional bersama PPBM dan tiga parti lain tanpa berbincang terlebih dahulu dengan UMNO atau Barisan Nasional.

Ini meletakkan UMNO dalam dilemma teruk, kerana parti komponen Barisan Nasional itu kini bersekutu dengan kedua-dua PPBM dan PAS dalam gabungan Muafakat Nasional.

Gabungan yang tidak berdaftar ini pada asalnya dianggotai oleh UMNO dan PAS sahaja tetapi kini membabitkan PPBM sekali selepas PAS dan UMNO bertindak mempelawa bekas parti Pakatan Harapan itu untuk bersama mereka.

Tetapi selang beberapa hari selepas PPBM menerima pelawaan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba mengumumkan hasrat PPBM untuk meminda perlembagaan parti itu bagi membenarkan bukan Muslim pegang jawatan dalam parti.

Ini sekaligus menimbulkan seribu satu tanda tanya memandangkan PPBM pada dasarnya keluar dari Pakatan Harapan atas alasan ingin bersama-sama PAS dan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan Melayu-Islam demi perpaduan ummah.

Loading...

Ianya turut merendahkan martabat Muafakat Nasional kepada satu permuafakatan pelik memandangkan gabungan itu yang asalnya ditubuhkan untuk “menyatukan ummah” kini akan dianggotai oleh masyarakat berbilang agama.

Barangkali parkara yang paling aneh ialah kerelaan UMNO untuk tiba-tiba bersama PPBM dan PAS bawah bumbung Muafakat Nasional tetapi keenganannya untuk bersama parti-parti yang sama bawah bumbung Perikatan Nasional.

Ya, memang banyak yang berlaku secara ‘tiba-tiba’.

Kesemua ini akhirnya mendedahkan kepalsuan Team A UMNO yang sememangnya menjaja konsep “penyatuan ummah” dan “perjuangan mempertahankan Islam” dari awal lagi (rujai bawah).

Hakikatnya, Team A menjaja konsep ini sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 untuk menjerat PAS bagi menangkis tekanan dari dalam Barisan Nasional agar Datuk Seri Najib Tun Razak dan kuncu-kuncunya beredar.

Team A pada dasarnya menunggang PAS, menipu ummah dan menjaja segala apa yang boleh dijaja bagi kepentingan peribadi pemimpinnnya yang ingin kembali menguasai tampuk kepimpinan negara menerusi satu siri penipuan.

Baru-baru ini, terserlah satu lagi penipuan Team A apabila Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama beberapa pemimpin dari Barisan Nasional kantoi cuba memalukan kepimpinan Pakatan Harapan.

Sejak Pakatan Harapan memegang tampuk kepimpinan negara, Team A mendakwa Kementerian Kewangan bawah Lim Guan Eng boros meluluskan projek rundingan terus walaupun berjanji akan melakukan semua urusan menerusi tender terbuka.

Malangnya, pendedahan Zafrul menjerat kedua-dua Barisan Nasional dan Muhyiddin sekali apabila “keborosan” dalam pentadbiran Najib yang terdahulu terbongkar atas kenaifan Zafrul yang jelas terjerat dengan penipuannya sendiri.

Rupa-rupanya, pihak yang bertanggungjawab terhadap lebih dua per tiga daripada nilai rundingan terus yang Zafrul cuba palitkan dengan pentadbiran Pakatan Harapan adalah Barisan Nasional sendiri bawah pentadbiran Najib.

Rupa-rupanya, RM 4.475 bilion daripada RM4.478 bilion atau 99.9 peratus nilai projek yang didakwa dirunding oleh Kementerian Pengangkutan yang mendahului senarai Zafrul sebenarnya dirunding oleh pentadbiran Najib.

Projek itu pada asalnya dirunding secara terus dengan Syarikat Dhaya LTAT Sdn Bhd oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional pada nilai RM5.265 bilion sebelum ianya dirunding semula pada harga RM4,475,250,000.00.

Jika ditolak nilai ini, Kementerian Pengangkutan sebenarnya mencatatkan nilai rundingan terus terendah dalam senarai manakala Kementerian Dalam Negeri bawah penyeliaan Tan Sri Muhyiddin Yassin mencatatkan nilai kedua tertinggi, melebihi setengah billion.

Ini bermakna, bukan hanya lebih dua per tiga daripada nilai keseluruhan projek-projek yang didedahkan oleh Zafrul dirunding secara terus oleh pentadbiran Najib, orang yang bergelar Perdana Menteri pada ketika ini terlibat dengan rundingan hampir satu per empat daripada nilai baki projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Menerusi dua siri pembongkaran yang berasingan, saya turut membuktikan bagaimana pentadbiran Najib merupakan pentadbiran yang paling boros meluluskan projek rundingan terus dalam sejarah tanah air apabila meluluskan projek-projek yang mencecah nilai RM138 bilion dalam tempoh lima tahun sahaja!

Pembongkaran-pembongkaran ini sekaligus mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran Barisan Nasional, penipuan Zafrul dan satu lagi kebenaran yang paling sukar ditelan oleh puak penta’asub Najib – bahawa Pakatan Harapan mencatatkan nilai rundingan terus paling rendah dalam sejarah tanah air.

Hakikat tetap hakikat, dan pejuang yang berlandaskan kebenaran seharusnya berani mendedahkan kepalsuan mana-mana pihak walaupun terpaksa mengaku kesilapan diri sendiri mempercayai kepalsuan itu.

Justeru, saya ingin mengisytiharkan sejelas-jelas mungkin bahawa kedua-dua Barisan Nasional dan Perikatan Nasional terpalit dalam konspirasi pembohongan yang terbesar dalam sejarah tanah air dan tidak harus dimaafkan, lebih-lebih lagi apabila pembohongan ini melibatkan usaha menjaja konsep penyatuan ummah dan mengaibkan pihak lain yang tidak bersalah.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...