Barisan Nasional sekali lagi beri gambaran tidak 100% yakin boleh menang

“Pada 22 Ogos 2022,  Zahid memberi gambaran Barisan Nasional tidak semestinya menang apabila beliau meminta agar kebimbangan Parlimen akan tergantung tidak dijadikan alasan bagi menghalang PRU, sekaligus bermakna beliau setuju PRU diadakan sekalipun Barisan Nasional kalah”

Raggie Jessy Rithaudeen

باريسن ناسيونل سكالي لاڬي بري ڬمبارن تيدق 100% يقين بوليه منڠ

Barisan Nasional sekali lagi memberi gambaran bahawa gabungan itu tidak seratus peratus yakin boleh menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Gambaran itu diberikan menerusi kenyataan Perdana Menteri, Datuk seri Ismail Sabri Yaakob, yang mendakwa, Barisan Nasional akan menunggu selepas keputusan PRU15 sebelum menentukan sama ada akan bekerjasama dengan mana-mana parti lain untuk membentuk kerajaan.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

“Kita tunggu dulu keputusan. Lepas itu kita akan keluar keputusan selepas itu. Jadi kita seberang jambatan dulu, lepas itu baru kita buat keputusan.

“(Jika) Kita buat andaian terlalu awal pun kita tak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita sepertimana yang dilaporkan oleh media.

Gambaran ini bercanggah dengan kepastian yang diberikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak pada konvensyen-konvensyen Barisan Nasional dan Perhimpunan Agong UMNO.

Pada 11 Mac 2022,  Zahid berkata beliau mahu PRU15 diadakan selepas memorandum persefahaman (MoU) bersama pembangkang tamat pada Julai kerana faktor ‘feel good’ (Barisan Nasional akan menang) yang kononnya dirasai rakyat.

Namun, pada 22 Ogos 2022,  Zahid memberi gambaran Barisan Nasional tidak semestinya menang apabila beliau meminta agar kebimbangan Parlimen akan tergantung tidak dijadikan alasan bagi menghalang PRU, sekaligus bermakna beliau setuju PRU diadakan sekalipun Barisan Nasional kalah.

Kenyataan ini pelik, kerana pada Perhimpunan Agong UMNO, Zahid dan Najib mendapatkan mandat perwakilan untuk mengawalkan Pilihan Raya atas jaminan Barisan Nasional boleh menang dengan selesa.

Lebih pelik lagi ialah Hasrat Barisan Nasional untuk mengawalkan pembubaran parlimen sedangkan gabungan itu tidak dapat memberi jaminan kepada pengundi bahawa ia mampu membentuk satu kerajaan yang lebih stabil selepas PRU15.

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...