
“Anwar adalah manusia ‘fasiq’ dan penuh dengan keperibadian hipokrit, jangan sesekali percaya atau terperdaya dengannya”
Khairuddin Abu Hassan
بارو سكارڠ رعيت نمڤق ڬلڬت ءكوكو بسيء انور
Dari dulu lagi saya nyatakan bahawa Anwar Ibrahim manusia berpenyakit dan ‘kuku besi’, belum dapat kuasa sudah tunjuk ‘belangnya’.
Sekarang Anwar Ibrahim sudah gantung beberapa keahlian anggota partinya atas dasar berjumpa dengan seteru politik beliau.
Inilah sikap ‘gila’ Anwar Ibrahim, dia buat apa pun semua ok tapi orang lain tak boleh.
Ketua wanitanya digantung keahlian atas dasar jumpa Dato Seri Azmin Ali tetapi Anwar Ibrahim lupa sepatutnya dia kena gantung keahliannya sendiri kerana beliau pun pergi berjumpa dengan perdana menteri malaysia baru-baru ini.
Kenapa Anwar Ibrahim boleh dan pemimpin-pemimpin PKR yang lain tak boleh jumpa dengan menteri kerajaan?
Kini, keseluruhan rakyat sedang memerhati gelagat ‘gila’ serta sikap ‘kuku besi’ Anwar Ibrahim.Ini dia belum dapat kuasa lagi sudah menzalimi pemimpin-pemimpin lain, bayangkan kalau dia jadi perdana menteri.
Atas dasar inilah saya merayu kepada keseluruhan rakyat malaysia agar menolak Anwar Ibrahim, sebab sememangnya manusia ini ‘berpenyakit’ dan tak layak menjadi pemimpin utama kita
Dia adalah manusia ‘fasiq’ dan penuh dengan keperibadian hipokrit, jangan sesekali percaya atau terperdaya dengannya
Namun, kita semua jangan gusar kerana insyaallah dengan izin Alkah swt; tuhan tidak akan mengangkat darjat manusia ‘fasiq’ macam anwar Ibrahim.
Selagi Anwar Ibrahim berada dalam lanskap politik negara maka selagi itulah politik negara akan jadi haru-biru.
