Bawa masuk abu Chin Peng penghinaan kepada Raja, Melayu-Islam

“Saya mengesyaki kejadian ini adalah salah satu daripada beberapa strategi sabotaj yang bakal dicetuskan puak Anwar-DAP untuk meruntuhkan pentadbiran Melayu-Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu”

Raggie Jessy Rithaudeen

Tahniah setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penyokong-penyokong Pakatan Harapan, khususnya mereka yang mendokong prinsip perjuangan DAP dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atas kejayaan puak pro-komunis membawa masuk abu mendiang Chin Peng ke tanah air.

Tahniah setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kepada mereka yang mendokong perjuangan golongan munafiq dalam parti AMANAH yang berpura-pura memperjuangkan kedaulatan Islam dan perpaduan ummah tetapi berganding bahu dengan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang sah anti-Islam, anti-Melayu dan pro-evangelis.




Sekalung tahniah juga ditujukan kepada mereka yang mendokong prinsip perjuangan golongan munafiq dalam PKR yang telah bersama-sama Lim Kit Siang sejak tahun 1998 lagi atas nama reformasi tetapi memekak-buta apabila puak Lim menghina, mempersoal serta memperlekeh gaya hidup, falsafah, sejarah serta budaya Islam dan penganut agama Allah.

Tahniah setinggi-tinggi tahniah turut diucapkan kepada pengikut-pengikut setia Anwar, khususnya Otai Reformasi serta Syed Husin Ali, kerana beriya-iya ingin jadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia ke-8 biarpun tahu pelantikan tersebut akan menjurus kepada zaman kegelapan di mana DAP akan bermaharajalela menerusi pelantikan seorang pemimpin kanan parti tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tahniah setinggi-tinggi tahniah kepada puak munafiq yang berselindung di bawah payung ‘kemuliaan’ DAP, AMANAH dan PKR kerana berdiam-diri tatkala abu mendiang Chin Peng dibawa masuk secara rahsia biarpun tahu mendiang bertanggungjawab terhadap pembunuhan beribu-ribu orang dan kerosakan terhadap masyarakat dan negara pada zaman Darurat dulu.

Sekalung tahniah turut ditujukan kepada kepimpinan tertinggi PH kerana sanggup memaafkan Chin Peng biarpun tahu prinsip perjuangan mendiang hingga ke saat akhir adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik di mana raja-raja Melayu tidak lagi wujud dan Islam tidak lagi diiktiraf sebagai agama persekutuan.

Bayangkan betapa pedihnya hati mereka yang bertungkus lumus memperjuangkan kedaulatan Islam serta raja-raja Melayu apabila melihat abu milik musuh Islam diberi penghormatan di bumi Allah ini.

Saya mengesyaki Lim Kit Siang mendalangi perkara ini kerana bukan hanya prinsip perjuangan beliau mirip perjuangan Chin Peng, beliau beriya-iya dari dulu lagi untuk membawa masuk abu peimpin komunis yang teramat hina ini untuk diletakkan di tempat kelahiran mendiang di Sitiawan, Perak.

Saya turut mengesyaki langkah ini adalah sebahagian daripada strategi DAP untuk menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam agar tercetusnya huru-hara bagi memudahkan rancangan menjadikan Anwar Perdana Menteri secepat mungkin.

Loading...

Ya, saya mengesyaki kejadian ini adalah salah satu daripada beberapa strategi sabotaj yang bakal dicetuskan puak Anwar-DAP untuk meruntuhkan pentadbiran Melayu-Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...