Beberapa hakikat berhubung Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan ‘perjanjian’ peralihan kuasa yang dirahsiakan dari umum

Raggie Jessy Rithaudeen

Dalam satu ceramah bertemakan “Selamatkan Kampung Baru” pada 10hb Oktober 2011, Dato’ Seri Anwar Ibrahim memberitahu mereka yang hadir bahawa Pakatan Rakyat berkerja secara konsensus atau musyawarah, iaitu perundingan dengan pihak-pihak lain untuk menyelesaikan masalah atau men­capai persetujuan.




“Saya ditanya, Anwar, Pakatan Rakyat macam mana, saya kata Pakatan Rakyat bekerja mengikut konsensus, musyawarah tiga parti, PAS, DAP, Keadilan,” katanya kepada para hadirin semasa berbincang isu Hudud.

Anwar berbohong.

Hakikatnya, prinsip konsensus tidak pernah dipraktikkan oleh PKR dan DAP malah Anwar sendiri membelakangkan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dalam banyak perkara dan bersekutu dengan Lim Kit Siang secara rahsia untuk menentang Hadi dan PAS semasa Langkah Kajang.

Penentangan tersebut berupa penentangan terbuka, di mana kedua-dua Anwar dan Kit Siang membuat keputusan berhubung calon pilihan Pakatan Rakyat bagi jawatan Menteri Besar Selangor tanpa melibatkan Hadi dalam perbincangan penting.

Malah, pada 21hb Julai 2014, PKR secara unilateral menamakan Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tersebut tanpa merujuk kepada Hadi terlebih dahulu.

Ini menjurus kepada sokongan terbuka Hadi terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, di mana empat hari kemudian, Hadi mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar atas alasan tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Perkara ini tidak disenangi oleh anak Kit Siang, iaitu Lim Guan Eng.

Loading...

Pada 1hb Ogos 2014, Guan Eng selaku setiausaha agong DAP menyuarakan sokongan penuh DAP terhadap cadangan meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Perkara ini berterusan selama beberapa bulan sehinggalah Hadi mengambil keputusan untuk memenuhi titah Sultan Selangor agar pihak Pakatan Rakyat menghantar tiga nama ke pihak Istana bagi jawatan Menteri Besar.

Keputusan ini dibuat berikutan tindakan kedua-dua PKR dan DAP mengadakan beberapa mesyuarat berkecuali dan memutuskan untuk mengemukakan hanya satu nama, bukannya tiga.

Sebagai alasan tidak melibatkan Hadi dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut, kedua-dua Kit Siang dan Anwar bertindak menjemput Mohamad Sabu biarpun kehadiran Mohamad tidak diketahui ataupun direstui oleh Hadi.

Mohamad pula bersetuju dengan segala keputusan yang dibuat oleh PKR dan DAP dalam kapasiti beliau sebagai Timbalan Presiden PAS tanpa pernah merujuk terlebih dahulu dengan Hadi.

Kejanggalan ini beransur-ansur menjadi bahan bualan dan menjurus kepada ketegangan serius dalam PKR antara pihak yang pro-PAS dengan mereka yang pro-Anwar.

Apabila ditanya, Anwar menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat sememangnya mengamalkan prinsip “bersetuju untuk tidak bersetuju” dan sentiasa mencapai kata putus menerusi “konsensus atau musyawarah.”

Malangnya, bukan hanya beliau berbohong, prinsip konsensus atau musyawarah yang dimaksudkan hanyalah sah bagi mesyuarat bersama melibatkan kesemua ketua parti komponen Pakatan Rakyat.

Dalam kes Langkah Kajang, kedua-dua Anwar dan Kit Siang tidak pernah melibatkan Hadi dalam perbincangan penting tetapi menyerangnya secara terbuka apabila beliau bertindak mematuhi kehendak Sultan Selangor.

Tetapi Hadi tidak ada pilihan lain – beliau tahu bahawa Anwar dan Kit Siang langsung tidak berminat untuk bermusyawarah malah sepakat menghina Baginda Sultan dengan mengengkari kehendak Baginda agar PAS, DAP dan PKR menghantar tiga nama ke Istana.

Apapun, polisi “bersetuju untuk tidak bersetuju” dan musyawarah dalam mencapai kesepakatan yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat sah gagal kerana kedua-dua konsep tersebut bercanggah dari segi pendekatan.

Memandangkan polisi ini menjurus kepada runtuhnya Pakatan Rakyat, ketiga-tiga PKR, DAP dan AMANAH – parti proksi kepada DAP – menubuhkan gabungan baru (Pakatan Harapan) dan memasuki perjanjian bertulis bagi mencapai kesepakatan berkekalan.

Ini menjurus kepada satu majlis permuafakatan di mana ketiga-tiga parti tersebut meletakkan Majlis Presiden sebagai badan pembuat keputusan tertinggi di PH dengan segala keputusan bersama dibuat berasaskan kepada prinsip konsensus.

Sebenarnya, tidak ada sebarang perbezaan di antara apa yang dipersetujui oleh pihak PH dengan apa yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat selain dari wujudnya Majlis Presiden baru.

Umum perlu faham, persetujuan konsensus merupakan satu bentuk persetujuan am dan bukannya perjanjian, biarpun bertulis ataupun lisan.

Pada 13hb Disember 2016, PPBM memasuki satu perjanjian dengan ketiga-tiga PKR, DAP dan AMANAH di mana parti yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad itu secara rasmi menjadi sebahagian daripada PH.

Beberapa bulan kemudian, keempat-empat PKR, DAP, AMANAH dan PPBM bersetuju agar Mahathir dijadikan pengerusi Majlis Presiden PH dan mencapai konsensus bahawa beliau akan letak jawatan sebelum penggal penuh parlimen ke-15 tamat agar Anwar boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Tetapi konsensus tersebut tidak pernah menetapkan agar Mahathir perlu mencadangkan nama Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri ke-8 ataupun meletakkan jawatan dalam dalam satu tempoh masa yang spesifik.

Ini bermakna Mahathir boleh terus menasihati Yang Agong supaya membubarkan parlimen sebelum tamatnya penggal penuh parlimen ke 15 memandangkan pembubaran tersebut akan secara otomatik melucutkan kuasa Perdana Menteri.

Agong kemudiannya boleh mengikut kelaziman dan membenarkan Mahathir terus menerajui kerajaan “penjaga” sebagai “Perdana Menteri penjaga” sementara menunggu PRU15.

Sekiranya mana-mana gabungan selain dari PH memenangi pilihanraya tersebut dengan majoriti mudah atau dua per tiga, Mahathir boleh terus dilantik semula sebagai Perdana Menteri baru dengan syarat beliau menjadi ketua kepada gabungan baru tersebut.

Perkara ini tidak akan bercanggah langsung dengan ‘konsensus’ PH, kerana bukan hanya konsensus tersebut satu persetujuan am, ianya sah hanya selagi Mahathir menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan

Ramai yang tidak faham akan hakikat ini, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Ramasamy.

Semalam, beliau bertindak menyelar Dato’ Seri Azmin Ali kerana mencadangkan agar Mahathir memenuhi satu penggal penuh sebagai Perdana Menteri.

Menurut Ramasamy, terdapat ‘perjanjian” bahawa Mahathir perlu menyerahkan kuasa kepada Anwar selepas berkhidmat selama dua tahun dalam jawatan tersebut.

Bukan hanya perkara ini satu pembohongan, Ramasamy harus bertanyakan kepada dirinya sendiri jika benar Anwar layak menjadi seorang Perdana Menteri yang jujur memandangkan beliau sentiasa memberi persepsi kononnya Mahathir akan mengalihkan kuasa Perdana Menteri kepadanya selepas dua tahun.

Ramasamy perlu faham, jika Anwar dan Kit Siang mampu memijak prinsip konsensus Pakatan Rakyat semasa Langkah Kajang, tidak mustahil mereka akan cuba memijak prinsip Pakatan Harapan yang sama untuk mengaburi mata rakyat.

Inilah sebab sebenar Anwar sentiasa menyuarakan “keyakinan” bahawa Mahatir akan mengotakan janjinya, sedangkan tidak pernah ada perjanjian peralihan kuasa, cuma ‘konsensus’ bahawa Mahathir akan letak jawatan sebelum penggal penuh parlimen ke-15 tamat.

Dengan berulang-kali menyuarakan “keyakinan” terhadap Mahatir, Anwar menanam persepsi palsu dalam benak fikiran rakyat bahawa Mahathir “berjanji untuk letak jawatan selepas dua tahun dan akan mengesyorkan nama beliau (Anwar) kepada Agong sebagai PM ke-8.”

Bersambung…

Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON YOUTUBE, TELEGRAM AND TWITTER:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...