Beberapa Keganjilan Dalam Pendedahan Rafizi Berhubung Siasatan SPRM Terhadap Anggota PKR

Raggie Jessy Rithaudeen

Terdapat beberapa keganjilan dan persoalan yang timbul dalam pendedahan Rafizi berhubung dakwaan beberapa anggota PKR yang melawan calon Nurul Izzah telah menjadi sasaran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika pemilihan parti.




Berikut merupakan petikan Malaysiakini (dilabel “M” dalam kurungan, diikuti komen atau persoalan saya (dilabel “SAYA” dalam kurungan dan berwarna merah):

(M): 7/12/2025: “Semasa pemilihan PKR yang lalu, pada bulan Mei, sebenarnya ada ramai calon PKR yang ditahan oleh SPRM. Selalunya yang melawan calon Nurul Izzah.

“Tapi kita tak pernah sebutlah (sebelum ini), cuma sekarang saya dah tak peduli dah, saya sebut sajalah,” kata Rafizi dalam program Yang Berhenti Menteri.

(SAYA): Kenapa tiba-tiba, beberapa bulan selepas kalah pemilihan PKR dan letak jawatan sebagai Menteri?

Malah, dalam jelajah Hiruk sebelum pemilihan pun, Rafizi dilihat sudah ‘membakar jambatan’ dan ‘dah tak peduli dah’ apabila mendakwa Anwar cuba mencantasnya dan mereka yang rapat dengannya.

Jadi kenapa tak dedah masa itu?

(M): 7/12/2025: Rafizi yang kalah kepada Nurul Izzah dalam pemilihan tersebut merujuk kepada insiden seorang calon yang sehaluan dengannya didakwa, ditahan dan disiasat SPRM kerana membeli sebuah rumah lelong secara tunai.

Loading...

Menurut Rafizi, rumah individu terbabit telah dikepung oleh pegawai SPRM sehingga menyebabkan isteri dan anak-anak ahli politik berkenaan ketakutan.

“Jadi saya telefon perdana menteri (Anwar Ibrahim) dan tanya apa yang sedang berlaku. Kenapa, pada waktu pemilihan parti ini ada saja orang yang kena tahan oleh SPRM?

“Ohhhh…dia (Anwar) kata, dia (orang yang ditahan SPRM itu) ada kes. Saya tanya, kes apa? Oh, dia ada beli rumah secara tunai.

“Jadi saya kata OK-lah, kalau itu SPRM nak siasat, siasatlah. Tak apalah, tapi adalah budi bicaranya. Tak perlu sampai kepung rumah dan menakutkan isteri serta anak-anaknya, kemudian memalukan dia dan sekitar kejiranan dia semua tengok dia.

“Dan dia juga bukan jenis orang yang akan lari (daripada siasatan). Jadi saya minta (Anwar) tolong beritahu kepada SPRM bahawa itu tidak perlu, dan dia (calon tersebut) akan hadir sendiri kepada SPRM. Dan PM kata okaylah, okaylah,” katanya.

(SAYA): Maknanya, Rafizi meminta Anwar untuk memberi arahan kepada SPRM cara siasat kes membabitkan kenalannya. Bukankah begitu?

Bukankah ini salah? Jika Rafizi ada maklumat salah guna kuasa atau pelanggaran protokol oleh SPRM, bukankah cara betul adalah untuk membuat aduan/laporan?

Bukankah ini bermakna Rafizi tidak ada masalah dengan campurtangan pemimpin kerajaan dalam hal-hal berkait siasatan SPRM?

(M): 8/12/2025: Rafizi menjelaskan bahawa dia telah membangkitkan beberapa kebimbangan secara dalaman semasa berada dalam kabinet, menyifatkannya sebagai “adab di sesebuah organisasi”.

(SAYA): Ini adalah penjelasan terkini Rafizi. Namun, bukankah penjelasan ini tidak menjawab sebarang persoalan yang telah saya timbulkan di atas?

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...