Bekas ahi DAP: Ko bukan Anwar lah Tian Chua, jangan nak berlagak ‘hero’ masuk penjara

TTF: Tian chua withdrew his appeal for fear that the court would impose a heavier sentence that would force him to resign as MP and disqualify him from contesting during the 14th general election

Malaysian Digest




Keputusan Naib Presiden PKR Tian Chua menerima tempoh pemenjaraan sebulan adalah cubaan beliau untuk diangkat sebagai ‘hero’ oleh rakyat, sepertimana tanggapan penyokong pembangkang terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas veteran DAP, Tan Tuan Tat berkata, Tian Chua bukanlah hero ekoran keputusannya menerima hukuman penjara berikutan beliau sudah tahu akan kalah dalam rayuan menolak hukuman tersebut.

“Sebelum ini, sewaktu pemerintahan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, pembangkang kerap kali mendakwa beliau sebagai diktator kerana menggunakan pelbagai akta serta mahkamah bagi menekan pembangkang.

“Kini Tian Chua menggunakan taktik sama untuk menjatuhkan reputasi (Perdana Menteri) Najib dengan mendakwa kerajaan sekarang menekan pembangkang,” ujarnya ketika dihubungi Malaysian Digest.

Tuan Tat yang bersama DAP selama 18 tahun diminta untuk mengulas mengenai keputusan Tian Chua menerima hukuman penjara sebulan dan menarik semula rayuannya menolak keputusan oleh Mahkamah Tinggi itu.

Keputusan pemenjaraan dibuat selepas mahkamah tinggi mendapati Ahli Parlimen Batu itu enggan menurut arahan Deputi Superintendan A. Rajagopal agar meninggalkan kawasan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak pada petang 29 April 2012, sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Ujar Tuan Tat, polis sudah mengarahkan Tian Chua untuk meninggalkan kawasan berkenaan tetapi enggan menuruti dan setelah kes dibawa ke mahkamah, Tian Chua kini menyalahkan polis dan mahkamah kerana memenjarakannya.

Loading...

“Pepatah Cina ada mengatakan, sekiranya seekor lembu enggan makan rumput atau minum air, walaubagaimanapun ia dipaksa, lembu itu tidak akan makan rumput atau minum air.

“Bermakna, sekiranya Tian Chua tidak mahu ke kawasan berkenaan, paksalah macam mana sekalipun, beliau tidak akan ke sana. Jadi saya ingin Tian Chua jawab selepas keluar penjara nanti, adakah beliau ke sana (Pulapol) diatas paksaan atau dengan rela hati?

“Jangan suka-suka main hentam macam Rafizi Ramli. Akhirnya rakyat yang tertipu,” tegasnya.

Tuan Tat turut mempertikaikan keputusan Tian Chua melepaskan hak mendapatkan khidmat peguamnya, N Surendran sebelum membaca kenyataan menerima hukuman penjara.

“Mengapa mahu melucutkan peguam? Tian Chua kini cuba bermain helah kerana dia tahu dia akan kalah. Pandai-pandai mahu lucutkan peguam dan menerima hukuman penjara sebulan dengan rela hati.

“Kamu ingat ada orang dengan rela hati (menerima hukuman penjara) seperti kamu ke?

“Kamu ingat pengorbanan kamu ini besar sangat ke?” soal Tuan Tat lagi.

Source: Malaysian Digest



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...