
بكس چيو استرو دلاڤوركن ستوجو ڤولڠكن اس$10 جوت بركاءيتن كيس 1مدب
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dilaporkan telah bersetuju untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Timothy Leissner kepadanya.
Memetik sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak dinamakan, beberapa portal media melaporkan, Rohana menghubungi SPRM dan menyatakan persetujuan menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebelum ini, dalam perbicaraan Roger Ng di mahkamah New York, Leissner memberitahu dia memberi Rohana AS$10 juta yang kemudiannya digunakan oleh bekas pegawai tertinggi Astro itu untuk membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta di Montpelier Street, London.
Ng disabit bersalah berdasarkan keterangan Leissner dan FBI sebagai saksi utama kes, bermakna semua keterangan Leissner di mahkamah Amerika Syarikat boleh dipercayai.
Ini termasuk keterangan Leissner berhubung Najib dan keluarganya serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh Najib dan Jho Low agar Goldman boleh terlibat dalam urusan penerbitan bon 1MDB.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dilaporkan telah bersetuju untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Timothy Leissner kepadanya.
Memetik sumber dalaman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak dinamakan, beberapa portal media melaporkan, Rohana menghubungi SPRM dan menyatakan persetujuan menyerahkan aset dimilikinya daripada Leissner yang menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebelum ini, dalam perbicaraan Roger Ng di mahkamah New York, Leissner memberitahu dia memberi Rohana AS$10 juta yang kemudiannya digunakan oleh bekas pegawai tertinggi Astro itu untuk membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta di Montpelier Street, London.
Rohana sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk membantu pihak berkuasa dan SPRM dalam siasatan kes itu.
Leissner ialah saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan bekas rakan sekerjanya di Goldman Sachs, Roger Ng, yang didakwa membantu menyeleweng dana kekayaan 1MDB milik Malaysia ketika skim itu wujud dari 2009 hingga 2014.
Ng, yang merupakan bekas pegawai pelaburan utama Goldman untuk Malaysia, didapati bersalah membantu bekas bosnya, Timothy Leissner, menggelapkan wang daripada 1MDB dan menggubah secara haram wang itu dan merasuah beberapa pegawai di Malaysia untuk mendapatkan perniagaan buat Goldman bersama 1MDB.
Juri di mahkamah Amerika Syarikat mendapat Ng bersalah atas dua pertuduhan konspirasi untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) dan satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram.
Ng disabit bersalah berdasarkan keterangan Leissner dan FBI sebagai saksi utama kes, bermakna semua keterangan Leissner di mahkamah Amerika Syarikat memiliki tahap kebolehpercayaan yang tinggi.
Ini termasuk keterangan Leissner berhubung Najib dan keluarganya serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh Najib dan Jho Low agar Goldman boleh terlibat dalam urusan penerbitan bon 1MDB.
THE THIRD FORCE
WAJIB TONTON:
