Bekas EXCO Perak: Slim ‘pekan hantu’ bawah Barisan Nasional

Sivanesan mendakwa pembangunan di Slim oleh Barisan Nasional hanya melibatkan pejabat kerajaan sahaja, termasuk hospital, rumah rehat, pejabat tanah dan kolej Mara. Sumber (gambar): Malaysiakini

بكس ايايك سچو ڤراق: سليم ‘ڤكن هنتو’ باوه باريسن ناسيونل

Bekas EXCO negeri Perak A Sivanesan hari ini mendakwa, Barisan Nasional gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sepanjang menguasai kerusi berkenaan.

Menurutnya, keadaan sama berlaku di kubu-kubu kuat UMNO seperti di Lenggong dan Grik yang mana kawasan-kawasan tersebut hanya memiliki pejabat-pejabat kerajaan sahaja.

Terdahulu, Sivanesan hadir menyokong calon bebas dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Sivanesan pernah memegang jawatan EXCO kerajaan negeri sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2008 dan 2018. 


PETALING JAYA: Bekas EXCO negeri Perak A Sivanesan hari ini mendakwa, Barisan Nasional gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim sepanjang menguasai kerusi berkenaan.

Menurutnya, keadaan sama berlaku di kubu-kubu kuat UMNO seperti di Lenggong dan Grik yang mana kawasan-kawasan tersebut hanya memiliki pejabat-pejabat kerajaan sahaja.




“Cuba lihat di Slim. Apa pembangunan di sini? Pembangunan di sini adalah pejabat kerajaan sahaja. Hospital, rumah rehat, pejabat tanah, kolej Mara, ini sahaja pembangunan.

“Yang ada pun Bandar Baru Slim River sahaja. Itu pun diusahakan oleh swasta. Kalau Bandar Baru Slim River tak ada, Slim merupakan ‘ghost town’.

“Tetapi, mereka (pemimpin BN) kata kawasan pembangkang tidak ada pembangunan. Bodoh sangat mereka. Sebenarnya kawasan pembangkang lebih maju,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Terdahulu, Sivanesan hadir menyokong calon bebas dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Sivanesan pernah memegang jawatan EXCO kerajaan negeri sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2008 dan 2018.

Bagaimanapun, kerajaan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 hanya bertahan 11 bulan sebelum tumbang kepada Barisan Nasional apabila beberapa ADUN melompat parti.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...