Bekas Ketua Audit Negara dedah, laporan audit 1MDB diubah, nama Jho Low digugurkan

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya. Sumber (gambar): TTF

بكس كتوا اءوديت نڬارا دده، لاڤورن اءوديت 1مدب داوبه، نام جهو لوو دڬوڬوركن

Isi kandungan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diubah dengan menggugurkan beberapa perenggan antara kehadiran ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low di dalam Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah syarikat itu.

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, 71, yang memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pendakwaan ke-12, berkata terdapat dua versi Laporan Pengauditan 1MDB milik Jabatan Audit Negara (JAN).

“Pada awalnya, laporan yang diserahkan kepada bekas Ketua Setiausaha Sulit Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shukry Mohd Salleh, adalah laporan muktamad untuk pembentangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 24 Februari 2016.

“Bagaimanapun, kandungan itu diubah dengan menggugurkan beberapa perenggan melalui mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu Tan Sri Dr Ali Hamsa, pada 24 Februari 2016,” katanya.


KUALA LUMPUR: Isi kandungan Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diubah dengan menggugurkan beberapa perenggan antara kehadiran ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low di dalam Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah syarikat itu.

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad, 71, yang memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pendakwaan ke-12, berkata terdapat dua versi Laporan Pengauditan 1MDB milik Jabatan Audit Negara (JAN).




Madinah berkata, bagaimanapun, empat daripada 10 salinan asal yang masih belum diagihkan diarahkan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, untuk dimusnahkan daripada simpanan JAN.

TONTON: TAK SANGKA PM BOLEH LEPAS TANGAN

“Timbalan Pengarah Audit ketika itu, Datuk Nor Salwani Muhammad, memaklumkan kepada saya bahawa beliau menyimpan salinan asal Laporan Pengauditan 1MDB bagi tujuan mendapatkan arahan Ketua Audit Negara baharu iaitu saya, sama ada laporan itu patut dimusnahkan atau tidak.

“Pada awalnya, laporan yang diserahkan kepada bekas Ketua Setiausaha Sulit Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shukry Mohd Salleh, adalah laporan muktamad untuk pembentangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 24 Februari 2016.

“Bagaimanapun, kandungan itu diubah dengan menggugurkan beberapa perenggan melalui mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu Tan Sri Dr Ali Hamsa, pada 24 Februari 2016,” katanya.

Madinah berkata, antara perkara yang digugurkan dalam Laporan Pengauditan 1MDB cetakan kedua adalah dapatan audit terhadap dua versi penyata kewangan beraudit 1MDB tahun 2014 dan kehadiran Jho Low.

Katanya, berdasarkan minit Mesyuarat Khas Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 26 September 2009, yang dikemukakan kepada JAN oleh 1MDB pada 19 Jun 2015, kehadiran Jho Low tidak direkodkan dalam senarai.

“Temu bual JAN bersama bekas Pengerus Lembaga Pengarah 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh pada 19 Jun 2015, memaklumkan Jho Low sebenarnya hadir pada mesyuarat berkenaan.

Loading...

“Beliau (Mohd Bakke) mengemukakan salinan minit mesyuarat berkenaan kepada JAN yang mencatatkan kehadiran Jho Low,” katanya.

Madinah, berkata pada ketika itu Laporan Pengauditan 1MDB diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Katanya, oleh demikian beliau tidak dapat mendedahkan kewujudan dua versi Laporan Pengauditan 1MDB kepada mana-mana pihak.

“Bagaimanapun, pada 15 Mei 2018, saya mengklasifikasikan semula laporan berkenaan sebagai dokumen terbuka.

“Ia berikutan kenyataan Perdana Menteri ketika itu pada 14 Mei 2018 yang mengarahkan laporan itu diklasifikasikan semula sebagai dokumen terbuka,” katanya.

Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir audit 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Manakala Arul Kanda didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan ke atas laporan itu, untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut peruntukan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sumber:

WAJIB BACA:

BANJIR 2021: SAYA TERKEJUT DENGAN PENDEDAHAN MB SELANGOR, TAK SANGKA PM BOLEH ‘LEPAS TANGAN’

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...