
بكس كتوا منتري، برنرد دومڤوك، ڬسا رعيت سابه تولق ڤوليتيك ايليت كوالا لومڤور
Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Bernard Dompok menggesa rakyat Sabah bersepadu bagi menahan serangan kerajaan persekutuan yang tidak habis-habis mengugut Sabah bahawa dana pembangunan akan dikurangkan.
Menerusi satu klip video berdurasi 3 minit 18 saat yang dipaparkan dalam laman Facebook, beliau meminta rakyat Sabah sedar kerana kini, Sabah menjadi panggung ahli-ahli politik yang cuba mengekalkan kuasa pemerintahan.
Katanya, demi memancing rakyat dengan prospek penyertaan dalam kerajaan persekutuan dan sehingga mereka menjaja sumber-sumber yang sebenarnya telah diambil daripada negeri ini.
Kerajaan persekutuan sedang mengugut rakyat Sabah jadi, jika benar orang Sabah mempunyai kekuatan untu menahan serangan sebegini, sokonglah kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ini.
KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Bernard Dompok menggesa rakyat Sabah bersepadu bagi menahan serangan kerajaan persekutuan yang tidak habis-habis mengugut Sabah bahawa dana pembangunan akan dikurangkan.
Menerusi satu klip video berdurasi 3 minit 18 saat yang dipaparkan dalam laman Facebook, beliau meminta rakyat Sabah sedar kerana kini, Sabah menjadi panggung ahli-ahli politik yang cuba mengekalkan kuasa pemerintahan.
“Hari ini kita menjadi panggung kuasa antara ahli-ahli politik di Kuala Lumpur. Kerajaan yang ada digantikan dengan apa dikatakan kerajaan pintu belakang dan hari ini kerana ketidakstabilan di Kuala Lumpur, mereka telah datang ke Sabah untuk mendapatkan sokongan orang-orang Sabah demi utk kekalkan pemerintahan elit sekarang.
“Sabah menjadi mangsa perebutan kuasa di Kuala Lumpur dan kita telah menjadi panggung peperangan antara pihak politik elit di Kuala Lumpur dalam perjuangan untuk menguasai negara ini,” katanya dalam klip video tersebut.
Dompok berkata, sekarang pemimpin Kuala Lumpur sudah berani untuk mengeluarkan ugutan.
Katanya, demi memancing rakyat dengan prospek penyertaan dalam kerajaan persekutuan dan sehingga mereka menjaja sumber-sumber yang sebenarnya telah diambil daripada negeri ini.
“Kerajaan persekutuan sedang mengugut rakyat Sabah jadi, jika benar orang Sabah mempunyai kekuatan untu menahan serangan sebegini, sokonglah kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ini.
“Shafie sedang memimpin sekumpulan orang, bukan hanya dia seorang tapi sekumpulan orang termasuk penyertaan ramai anak muda dalam proses pembinaan sebuah negeri.
“Amat menyedihkan jika kita biarlah usaha itu hancur. Jangan kita mengalah kepada kuasa yang datang dari Kuala Lumpur yang cuba menumpang kerajaan yang disokong oleh rakyat,” jelasnya.
Dompok yang juga bekas menteri persekutuan ini meminta rakyat Sabah untuk bertindak bijak dengan mengundi Warisan Plus bagi membolehkan perubahan terus berlaku di Sabah.
“Suara rakyat diperlukan dalam pilihan raya ini dan kamu harus bijak memilih dalam pilihan raya kali ini,” ujarnya.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
