Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB dakwa nama Jho Low disembunyikan untuk lindungi Najib

Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mengesahkan bahawa Jho Low terbabit dalam rancangan 1MDB pada tahun 2012 untuk mengambil alih syarikat pengendali loji janakuasa, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dengan harga RM10.6 bilion. Sumber (gambar): Fail TTF

بكس كتوا ڤڬاواي ايكسيكوتيف 1مدب دعوا نام جهو لوو دسمبوڽيكن اونتوق ليندوڠي نجيب

Mahkamah Tinggi semalam diberitahu adalah menjadi kelaziman nama ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak dinyatakan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi melindungi Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang disoal balas peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, bersetuju bahawa beliau diminta untuk mengikut kelaziman itu dan mengambil langkah ‘menyembunyikan’ pembabitan Jho Low daripada Lembaga Pengarah.

Shahrol Azral bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu. Beliau memberikan keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB dihadapi bekas perdana menteri itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

Terdahulu, saksi pendakwaan kesembilan itu mengesahkan bahawa Jho Low terbabit dalam rancangan 1MDB pada tahun 2012 untuk mengambil alih syarikat pengendali loji janakuasa, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dengan harga RM10.6 bilion.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu adalah menjadi kelaziman nama ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low tidak dinyatakan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi melindungi Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang disoal balas peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, bersetuju bahawa beliau diminta untuk mengikut kelaziman itu dan mengambil langkah ‘menyembunyikan’ pembabitan Jho Low daripada Lembaga Pengarah.




Wan Aizuddin kemudian mencadangkan bahawa alasan saksi itu ‘menyembunyikan’ pembabitan Jho Low adalah kerana beliau bersekongkol dengan ahli perniagaan terbabit bagi mendapatkan habuan daripada firma pelaburan Goldman Sachs.

Shahrol Azral bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu. Beliau memberikan keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB dihadapi bekas perdana menteri itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

Terdahulu, saksi pendakwaan kesembilan itu mengesahkan bahawa Jho Low terbabit dalam rancangan 1MDB pada tahun 2012 untuk mengambil alih syarikat pengendali loji janakuasa, Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd dengan harga RM10.6 bilion.

Beliau turut mengesahkan bahawa Jho Low yang mencadangkan supaya Goldman Sachs bertindak sebagai penasihat kewangan bagi tawaran pengambilalihan Tanjong Energy oleh 1MDB.

Peguam kemudian mencadangkan kepada saksi bahawa peranan Jho Low adalah seperti seorang broker dalam perolehan itu. Bagaimanapun Shahrol Azral tidak setuju, sebaliknya berkata, ia adalah berperanan ‘memudahkan pihak berkepentingan’.

Pelantikan Goldman Sachs oleh Jho Low juga tidak dinyatakan kepada Lembaga Pengarah bagi melindungi Najib.

Bagaimanapun, peguam itu mencadangkan bahawa berdasarkan dakwaan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) terhadap Jho Low dan pegawai Goldman Sachs, Roger Ng, jelas menunjukkan bahawa ahli perniagaan itu adalah seorang broker.

Loading...

Menjawab soalan terbabit, Shahrol Azral berkata beliau tidak mengetahui butiran lengkap pendakwaan oleh DoJ.

Menjawab soalan peguam selanjutnya, Shahrol Azral mengakui bahawa Lembaga Pengarah 1MDB tidak dimaklumkan bahawa harga pengambilalihan Tanjong Energy dikurangkan sebanyak RM2.1 bilion yang bermakna 1MDB hanya perlu membayar RM8.5 bilion.

Lembaga Pengarah 1MDB hanya dimaklumkan bahawa harga perolehan adalah hingga RM10.6 bilion atau berkemungkinan lagi rendah.

Saksi kemudian dicadangkan oleh peguam bahawa berikutan itu, Jho Low dan Goldman Sachs sememangnya berniat untuk memperdayakan Lembaga Pengarah 1MDB.

Shahrol Azral menjawab, beliau tidak menyedari mereka memperdayakan Lembaga Pengarah pada ketika itu, bagaimanapun apabila difikirkan kemudian, beliau bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Saksi turut bersetuju dengan cadangan bahawa Goldman Sachs dianggap melanggar tanggungjawab fidusiari terhadap syarikat dalam pengambilalihan Tanjong Energy.

Bagaimanapun Shahrol Azral menafikan cadangan peguam bahawa beliau juga melanggar tanggungjawab fidusiari ke atas 1MDB dalam kapasitinya selaku CEO.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...