Bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang masuk DAP

Bazlan berkata, tindakan itu adalah bagi memperkukuhkan kedudukan Pakatan Harapan (PH) Gua Mustang. Sumber (gambar): TTF/Sinar

Bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin, sah sertai parti DAP.

Bazlan, 51, menggalas jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 2008 hingga 2013.

Pada 2013, Bazlan mencabar Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Namun, beliau tewas dan kembali mencabar Ku Li pada pemilihan tahun lalu. Bagaimanapun, beliau menarik diri di saat akhir.


GUA MUSANG: Bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin, sah sertai parti DAP.

Bazlan berkata, tindakan itu adalah bagi memperkukuhkan kedudukan Pakatan Harapan (PH) di daerah ini.

“Saya membuat keputusan ini bagi meneruskan perjuangan politik dalam usaha membantu rakyat di sini.


“Sehingga kini, DAP Gua Musang mempunyai 12 cawangan iaitu dua dari Melayu, lima dari Cina dan enam dari masyarakat orang asli.

“Kita akan gerakkan program bagi menambah keahlian dan cawangan dari masa ke semasa,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Bazlan, 51, menggalas jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 2008 hingga 2013.

Pada 2013, Bazlan mencabar Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Namun, beliau tewas dan kembali mencabar Ku Li pada pemilihan tahun lalu. Bagaimanapun, beliau menarik diri di saat akhir.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...