Bekas MB ‘kangaroo’, Nizar Jamaluddin, kecundang di Gopeng

Mohamad Nizar, yang turut merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, tewas setelah tidak mendapat undi 15 teratas. Sumber (gambar): Astro Awani

Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Amanah Kawasan Gopeng pada Mesyuarat Tahunan di sini hari ini.

Beliau pernah bergelar Menteri Besar Perak berkuatkuasa 15hb Mac 2008 sebelum Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru pada 6hb Februari 2009.

Pada ketika itu, Nizar merupakan ahli PAS. Apabila ditanya, beliau menggelar kesemua ADUN yang lompat keluar parti hingga menyebabkan Pakatan Rakyat tumpas di Perak sebagai katak kerana mengkhianati parti masing-masing.

Bagaimanapun, beliau sendiri bertindak lompat keluar PAS untuk menyertai parti Amanah setelah beransur-ansur menjuarai isu-isu yang dibangkitkan DAP.


SUBANG JAYA: Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Amanah Kawasan Gopeng pada Mesyuarat Tahunan di sini hari ini.

Utusan Online melaporkan bahawa perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Perak, Akhiruddin Taib selepas proses undian dan pengiraan undi selesai.

Mohamad Nizar, yang turut merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, tewas setelah tidak mendapat undi 15 teratas.


Beliau pernah bergelar Menteri Besar Perak berkuatkuasa 15hb Mac 2008 sebelum Dato’ Dr Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru pada 6hb Februari 2009.

Ini berikutan krisis politik di Perak yang tercetus apabila dua ADUN dari PKR, Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu, dan seorang lagi dari DAP, Hee Yit Foong, bertindak keluar dari Pakatan Rakyat untuk menjadi ahli Bebas.

Tidak lama kemudian, pada jam 5.40 petang Rabu, 4hb Februari 2009, Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan negeri setelah ketiga-tiga ADUN tersebut bersetuju menyertai BN bersama sorang lagi ADUN dari PKR.

Pada ketika itu, Nizar merupakan ahli PAS. Apabila ditanya, beliau menggelar kesemua ADUN tersebut sebagai katak kerana mengkhianati parti masing-masing.

Bagaimanapun, beliau sendiri bertindak lompat keluar PAS untuk menyertai parti Amanah setelah beransur-ansur menjuarai isu-isu yang dibangkitkan oleh DAP.

Ini menjurus kepada kenyataan daripada seorang pemimpin PAS yang mengelarnya kangaroo kerana berjaya membuat lompatan yang lebih besar, melangkaui kesemua ADUN tersebut dan seekor katak.

THE THIRD FORCE


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...