Bekas Menteri Kesihatan: Naik ‘kompaun’ ingkar SOP akan makan diri kalau kerajaan hanya tegas dengan orang biasa berbanding VIP

Dzulkefly mencadangkan hukuman khidmat masyarakat dikenakan bagi mereka yang ingkar SOP. Sumber (gambar): Fail TTF

بكس منتري كصيحتن: ناءيق ءكومڤاونء ايڠكر سوڤ اكن ماكن ديري كالاو كراجأن هاڽ تڬس دڠن اورڠ بياسا بربنديڠ ۏيڤ

Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sekiranya kerajaan dilihat bersikap tegas dengan orang biasa berbanding orang kenamaan, hukuman yang lebih keras akan ‘memakan diri’.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan ketua polis negara untuk menaikkan kompaun sebanyak RM1,000 yang dikenakan terhadap pesalah yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi perintah kawalan pergerakan (PKP).

Dzulkefly menambah, hanya dengan pendidikan dapat meningkatkan pematuhan SOP di kalangan orang ramai.

“Kita mahu lihat lebih banyak pematuhan terhadap SOP dengan menggunakan pendekatan yang lembut.

“Dalam isu kesihatan awam kita pilih (pendekatan) sukarela, yang memberi manfaat dan mengajak untuk perubahan tingkah laku.”


PETALING JAYA: Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sekiranya kerajaan dilihat bersikap tegas dengan orang biasa berbanding orang kenamaan, hukuman yang lebih keras akan ‘memakan diri’.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan ketua polis negara untuk menaikkan kompaun sebanyak RM1,000 yang dikenakan terhadap pesalah yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi perintah kawalan pergerakan (PKP).




“Lebih buruk lagi, ia juga dianggap sebagai pendekatan sepihak untuk menangani kes-kes apabila melibatkan orang awam berbanding individu kenamaan (VIP) dan ini akhirnya menambahkan lagi ketidakpuasan hati masyarakat,” katanya.

Dzulkefly menambah, hanya dengan pendidikan dapat meningkatkan pematuhan SOP di kalangan orang ramai.

“Kita mahu lihat lebih banyak pematuhan terhadap SOP dengan menggunakan pendekatan yang lembut.

“Dalam isu kesihatan awam kita pilih (pendekatan) sukarela, yang memberi manfaat dan mengajak untuk perubahan tingkah laku.

“SOP adalah mengenai menanam konsep perubahan tingkah laku dalam minda orang awam dan perubahan ini hanya boleh dicapai melalui pemberdayaan.

“Sebabnya kita tidak berjaya adalah kerana naratifnya tidak jelas dan juga dianggap terlalu cengeng dan menghukum,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Beliau kemudian mencadangkan hukuman khidmat masyarakat dikenakan bagi mereka yang ingkar SOP.

Loading...

“Katakanlah mereka melanggar peraturan tentang pemakaian pelitup muka, mungkin hukumannya adalah meminta mereka memakai pelitup muka di kawasan umum selama lapan jam,” sarannya.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini

WAJIB BACA:

Will Muhyiddin ‘hijack’ UMNO?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...