
بكس ناءيب كتوا ڤمودا امنو منڠ كتوا ڤڤبم بهاڬين
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Abdul Aziz Ismail, menang jawatan Ketua PPBM (BERSATU) Bahagian Dungun.
Abdul Aziz yang juga Ahli Majlis Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia menewaskan dua lagi calon iaitu Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU negeri, Mohd Zaid Sulaiman dan bekas Ketua UMNO bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, pada pertandingan tiga penjuru.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) negeri, Datuk Aziz Awang juga turut mengumumkan Hairil Mohkrim Hashim memenangi jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), menewaskan Alif Rosli, pada pertandingan satu lawan satu.
Beliau berkata, Ketua Srikandi BERSATU bahagian Dungun yang turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru dimenangi Mek Zaharah Husain.
KUALA TERENGGANU: Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Abdul Aziz Ismail, menang jawatan Ketua BERSATU Bahagian Dungun.
Abdul Aziz yang juga Ahli Majlis Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia menewaskan dua lagi calon iaitu Setiausaha Badan Pimpinan BERSATU negeri, Mohd Zaid Sulaiman dan bekas Ketua UMNO bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, pada pertandingan tiga penjuru.
Abdul Aziz, Mohd Zaid dan Rosli menawarkan diri bertanding jawatan tertinggi di bahagian Dungun bagi mengisi kekosongan selepas penyandang yang juga ketua penaja BERSATU, Mohamad Arif Arifin melepaskan jawatan untuk bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian itu.
Pada pertandingan Timbalan Ketua Bahagian yang juga menyaksikan pertembungan tiga penjuru, Mohamad Arif diberi mandat ahli apabila memenangi jawatan menewaskan dua lagi calon iaitu Amir Rosli Mohamad dan Mohamad Razak Yaacob.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) negeri, Datuk Aziz Awang juga turut mengumumkan Hairil Mohkrim Hashim memenangi jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), menewaskan Alif Rosli, pada pertandingan satu lawan satu.
Beliau berkata, Ketua Srikandi BERSATU bahagian Dungun yang turut menyaksikan pertandingan tiga penjuru dimenangi Mek Zaharah Husain.
“Mek Zaharah yang juga pengurus syarikat membekal tenaga kerja dalam minyak dan gas menewaskan dua lagi calon iaitu Lia Azaria Amir Rosli dan Azlinawati M Alwi,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Aziz menjelaskan, kelewatan mengumumkan keputusan disebabkan JPP pusat terpaksa melakukan siasatan selepas mendapat bantahan.
Bagaimanapun, jelasnya, bantahan dikemukakan termasuk dakwaan petugas tidak membenarkan perwakilan memasuki dewan mengundi tidak berasas dan ditolak JPP pusat.
“Mesyuarat pemilihan BERSATU bahagian Dungun diadakan Sabtu lalu, tetapi keputusan muktamad pemenang dimaklumkan kepada JPP negeri petang tadi,” katanya.
Sumber:
