Bekas pegawai khas Syed Saddiq: Muhyiddin tidak akan tunduk pada tekanan berhubung pelantikan Jemaah Menteri

Menurut Ahmad, pemimpin setiap parti, biarpun mempunyai hak untuk mencalonkan sesiapa yang mereka percaya layak, perlu menghormati prerogatif Perdana Menteri berhubung pelantikan barisan Jemaah menteri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sumber (gambar): Malaysiakini

بكس ڤڬاواي خاص سيد سددق: محي الدين تيدق اكن توندوق ڤد تكنن برهوبوڠ ڤلنتيكن جماعه منتري

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat kepercayaan daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan tidak akan tunduk kepada tekanan dalaman atau luaran yang tidak meletakkan kepentingan negara sebagai tunjang utama pentadbiran Perikatan Nasional.

Demikian menurut bekas pegawai khas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merangkap Timbalan Meteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fahysal, yang dipercayai mengulas tekanan yang diberikan tehadap Muhyiddin oleh beberapa pihak dari UMNO berhubung pelantikan barisan Jemaah menteri.

Kebelakangan ini, wujud satu usaha sulit melibatkan sekumpulan kecil pemimpin UMNO yang berhajat menyah-stabilkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional bagi mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15.

TTF difahamkan beberapa ahli parlimen dari PPBM tahu Perikatan Nasional tidak stabil akibat majoritinya yang tipis dan sedang mengadakan perbincangan tertentu dengan beberapa individu dari kem Tun Dr Mahathir Mohamad.


PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat kepercayaan daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan tidak akan tunduk kepada tekanan dalaman atau luaran yang tidak meletakkan kepentingan negara sebagai tunjang utama pentadbiran Perikatan Nasional.

Demikian menurut bekas pegawai khas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merangkap Timbalan Meteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fahysal, yang dipercayai mengulas tekanan yang diberikan tehadap Muhyiddin oleh beberapa pihak dari UMNO berhubung pelantikan barisan Jemaah menteri.




“Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menunjukkan kebijaksanaan yang tinggi demi menjaga keharmonian nasional dengan membuat pelantikan yang disambut baik oleh majority rakyat Malaysia.

“Antaranya, pelantikan seorang tokoh perbankan sebagai Menteri Kewangan dan seorang mantan mufti sebagai menteri untuk hal ehwal agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebelakangan ini, wujud satu usaha sulit melibatkan sekumpulan kecil pemimpin UMNO yang berhajat menyah-stabilkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional bagi mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini menimbulkan suasana tidak selesa di kalangan sebilangan ahli parlimen PPBM yang mula sedar peluang mereka untuk terus menjadi ahli parlimen bakal terjejas memandangkan UMNO dijangka tidak akan bertolak ansur dalam soal agihan kerusi ketika PRU kelak.

TTF difahamkan ahli-ahli parlimen ini tahu Perikatan Nasional tidak stabil akibat majoritinya yang tipis dan sedang mengadakan perbincangan tertentu dengan beberapa individu dari kem Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Ahmad, pemimpin setiap parti, biarpun mempunyai hak untuk mencalonkan sesiapa yang mereka percaya layak, perlu menghormati prerogatif Perdana Menteri berhubung pelantikan barisan Jemaah menteri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“YAB Perdana Menteri adalah seorang yang cermat dan teliti serta sentiasa membuat sebarang keputusan melalui musyawarah dan mengambil kira pandangan semua pihak terutamanya mereka yang ahli dalam bidangnya.

Loading...

“Saya percaya bahawa keputusan yang berhikmah dapat dicapai jika kita dapat bersama-sama mengetepikan kepentingan-kepentingan peribadi dan mengutamakan muafakat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.”

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...