Bekas Peguam Negara Indonesia dakwa Apandi Ali cadang bebaskan pesalah rasuahnya yang dikaitkan dengan 1MDB, Tun Razak Exchange

Tertuduh yang Apandi didakwa cuba selamatkan dikaitkan dengan rancangan pembangunan projek 1MDB, Tun Razak Exchange (TRX), melalui pemaju Indonesia Mulia Group dan anak syarikatnya di negara ini. Sumber (gambar): Fail TTF

بكس ڤڬوام نڬارا إندونيسيا دعوا اڤندي علي چادڠ بيبسكن ڤساله رسواهڽ يڠ دكايتكن دڠن 1مدب، تون رازق ايايك سچڠ

Nota: Ulasan isu ini akan dibuat secara live 9 malam ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI)

Bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali hari ini didakwa mempunyai peranan dalam usaha membebaskan seorang warga Indonesia yang berada di Malaysia yang dikehendaki oleh kerajaan Indonesia atas dakwaan rasuah.

Menurut laporan berita, perkara itu timbul dalam rancangan bual bicara popular Mata Najwa di Indonesia malam tadi yang dihoskan oleh personaliti media Najwa Shihab. 

Ketika dihubungi, Apandi berkata: “Saya tiada komen, saya enggan ulas.”

Ditanya sama ada beliau telah menjawab dakwaan itu sebelum ini, Apandi berkata beliau tidak akan menjawab.

Sementara itu, Prasetyo mendakwa Apandi (bawah) membuat dakwaan itu dalam pertemuan ketika menghadiri Kongres Peguam-peguam Negara Asean-China di Nanning, China pada 2016.


PETALING JAYA: Bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali hari ini didakwa mempunyai peranan dalam usaha membebaskan seorang warga Indonesia yang berada di Malaysia yang dikehendaki oleh kerajaan Indonesia atas dakwaan rasuah.

Menurut laporan berita, perkara itu timbul dalam rancangan bual bicara popular Mata Najwa di Indonesia malam tadi yang dihoskan oleh personaliti media Najwa Shihab.




Laporan tersebut menulis:

Ketika menjawab soalan Najwa, bekas peguam negara Indonesia HM Prasetyo mendakwa Apandi mencadangkan pengguguran sabitan pada 2009 terhadap ahli perniagaan itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Apandi berkata: “Saya tiada komen, saya enggan ulas.”

Ditanya sama ada beliau telah menjawab dakwaan itu sebelum ini, Apandi berkata beliau tidak akan menjawab soalan Malaysiakini.

Sementara itu, Prasetyo mendakwa Apandi (bawah) membuat dakwaan itu dalam pertemuan ketika menghadiri Kongres Peguam-peguam Negara Asean-China di Nanning, China pada 2016.

“Saya ingat betul. Jadi memang ketika itu, di tengah-tengah acara itu, kita dekat sesama peguam negara Asean dan Cina, hubungan kami sangat dekat.

“Kerana kerjasama kami juga terjalin terus, kawan kita ini peguam negara Malaysia, namanya Apandi Ali, dia sempat bicara dengan saya,” katanya.

Loading...

Anita Kolopaking, peguam Djoko yang turut hadir dalam rancangan itu, mendedahkan bahawa anak guamnya tinggal di Kuala Lumpur.

Djoko pertama kali dilaporkan dalam media Malaysia pada Mei 2015. 

Dia dikaitkan dengan rancangan pembangunan projek 1MDB, Tun Razak Exchange (TRX), melalui pemaju Indonesia Mulia Group dan anak syarikatnya di negara ini.

Polis Antarabangsa (Interpol) menyenaraikannya sebagai orang dikehendaki kerana dilaporkan meninggalkan Indonesia sehari sebelum mahkamah agung negara itu menjatuhi hukuman dua tahun penjara dan denda 15 juta rupiah (RM4,300).

Ketika itu, Mulia Group berkata, Djoko tidak mempunyai sebarang kedudukan atau saham dalam kumpulannya. 

Bagaimanapun, selepas itu, terdapat penjelasan bahawa pelaburan berkaitan 1MDB itu digerakkan oleh Eka Tjandranegara, presiden-pengarah kumpulan dan pemilik, yang juga abang Djoko.

Dalam bual bicara malam tadi, Prasetyo mendedahkan dakwaan perbualannnya dengan Apandi.

Katanya, beliau menolak cadangan dikemukakan padannya.

“Pak jaksa agung (peguam negara), saya punya kawan,” kata Prasetyo yang memetik Apandi.

“Bagaimana kalau Djoko Tjandra bisa pulang ke Indonesia tapi sebagai orang bebas?”

Prasetyo berkata beliau menjawab “sampai sekarang pun kami nyatakan dia itu pelarian”. 

“Kalau sekarang dia di tempat anda, perintahkan dia untuk pulang ke Indonesia. Saya akan memperlakukan dia dengan baik.”

Akhbar Indonesia Jakarta Post semalam melaporkan Djoko tidak hadir dalam pendengaran prosiding semakan kes yang difailkanya terhadap sabitan pada 2009. 

Dia memohon pendengaran itu diadakan secara maya kerana dia menetap di Kuala Lumpur.

Peguamnya Andi Putra Kusuma dilaporkan membacakan surat ditandatangani Djoko di Kuala Lumpur pada 17 Julai, yang menyebut berkaitan masalah kesihatan dan kenapa dia tidak dapat hadir ke mahkamah.

Kehadiran Djoko ke Indonesia tanpa dikesan untuk memfailkan semakan itu telah mencetuskan kemarahan ramai di negara itu.

Dia juga dilaporkan berjaya mendapat kad pengenalan elektronik baru Indonesia ketiak notis merah Interpol ditarik balik.

Media Indonesia melaporkan tiga pegawai kanan polis telah dipecat kerana didakwa membantu Djoko.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...