Bekas pembantu peribadi Anwar bertanding di Port Dickson

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengumumkan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Mohd. Saiful Bukhari menjadi individu keenam dijangka bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson yang diadakan selepas kerusi itu dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah baru-baru ini. 

SEREMBAN: Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengumumkan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Menurut Mohd. Saiful Bukhari, 33, beliau akan menghantar borang pencalonan di pusat penamaan di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi esok.

“Setakat ini saya sahkan saya sudah bayar deposit untuk bertanding. Terpulang pada hari esok sama ada pencalonan saya diterima atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Mohd. Saiful Bukhari menegaskan, beliau tidak ditaja oleh mana-mana pihak untuk bertanding dan keputusannya itu tiada kaitan dengan agenda peribadi terhadap individu lain.

“Demi Allah tidak ada sesiapa di belakang saya dan saya bukan ditaja. Saya akan mengulas lanjut tentang keputusan bertanding dalam sidang akhbar selepas penamaan calon,” katanya.

Mohd. Saiful Bukhari menjadi individu keenam dijangka bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson yang diadakan selepas kerusi itu dikosongkan oleh penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah baru-baru ini.

Sumber: Utusan Online

Comments

Comments


Loading...