
بكس ڤڠاره 1مدب: كالاو ساي تاهو اڤ يڠ برلاكو دالم 1مدب، ساي تولق جاوتن
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Ismee Ismail, menyatakan akan menolak jawatan dalam 1MDB jika mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
“Saya sudah pasti akan bertindak sebaliknya (jika mengetahui perkara sebenar). Saya akan tolak jawatan ini. Maaf kerana terpaksa menyatakan ini,” katanya.
Ismee yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, pada sesi pemeriksaan utama berkata, beliau tidak mengendahkan kandungan e-mel yang dihantar kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Secara peribadi, beliau tidak mengingati kandungan e-mel dihantar dan hanya mengucapkan terima kasih sebagai tanda hormat, malah beliau percaya Ahli Lembaga Pengarah yang lain tidak mengendahkan e-mel sama.
KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Ismee Ismail, menyatakan akan menolak jawatan dalam 1MDB jika mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.
“Saya sudah pasti akan bertindak sebaliknya (jika mengetahui perkara sebenar). Saya akan tolak jawatan ini. Maaf kerana terpaksa menyatakan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika keterangan di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pendakwaan ke-13, dalam kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang berdepan empat tuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Selepas mengetahui apa yang berlaku dalam 1MDB melalui siasatan pihak berkuasa dan sepanjang perbicaraan kes, Ismee beranggapan dirinya dan Ahli Lembaga Pengarah lain dalam 1MDB digunakan untuk menampakkan semua inisiatif dan transaksi syarikat itu adalah sah.
Pada satu tahap, katanya, maklumat tidak betul dikemukakan kepada Lembaga Pengarah, selain ada maklumat tidak diberikan dan disembunyikan daripada mereka.
Ismee yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, pada sesi pemeriksaan utama berkata, beliau tidak mengendahkan kandungan e-mel yang dihantar kepadanya oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Secara peribadi, beliau tidak mengingati kandungan e-mel dihantar dan hanya mengucapkan terima kasih sebagai tanda hormat, malah beliau percaya Ahli Lembaga Pengarah yang lain tidak mengendahkan e-mel sama.
Menjawab soalan lanjut daripada Sri Ram, Ismee berkata, beliau dan Ahli Lembaga Pengarah lain tidak berada dalam kedudukan untuk menyatakan tidak, atau terpaksa meletak jawatan jika membantah.
“Ada ketika apabila dalam sesi perbicaraan semalam, saya tidak menganggap diri saya sebagai Ismee iaitu pengarah 1MDB tetapi mewakili Ahli Lembaga Pengarah yang lain.
“Pada satu tahap saya kena berlaku adil kepada mereka kerana setiap individu ada tanggapan dan pandangan berbeza mengenai siapa Jho Low.
“Bagaimanapun akhirnya kami membuat keputusan bersama demi kepentingan syarikat.
“Pada 2015, kami sebagai Ahli Lembaga Pengarah hanya mengetahui setakat yang diberikan kepada kami, tetapi sepanjang siasatan, kami mengetahui lebih banyak mengenai apa yang sebenarnya berlaku dan lebih banyak lagi diketahui sepanjang perbicaraan ini.
“Apa yang saya katakan dalam keterangan sebelum ini, sebagai Lembaga Pengarah, apabila menerima Resolusi Pekeliling Pengarah kami tidak mempersoalkan lanjut mengenai transaksi.
“Apa yang dipersoalkan kepada pihak pengurusan ialah sama ada sesuatu pelaburan yang dirancang berdaya maju dan boleh diteruskan,” katanya.
Ismee berkata demikian ketika menjawab soalan Sri Ram bahawa beliau dan Ahli Lembaga Pengarah IMDB lain bagai ‘harimau tidak bertaring’ kerana gagal mempertahankan kepentingan syarikat itu dan menasihati Najib.
Sumber:
WAJIB BACA:
LAPORAN DIBUAT, POLIS DIMINTA SIASAT NAJIB RAZAK ATAS FITNAH BERHUBUNG RCI FOREX
