Bekas Pengerusi SPR: Tidak wajar letak calon usia 18 tahun

Menurut Rashid, berdasarkan pengalaman mengendalikan SPR sebelum ini, beliau merasakan wakil rakyat berusia 18 tahun  tidak sesuai. Sumber (gambar): Fail TTF

Parti politik tidak wajar meletakkan calon berusia 18 tahun untuk dipertaruhkan dalam mana-mana pilihan raya, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman.

“Pendapat peribadi saya, kalau letak calon 18 tahun dan rakyat pula pilih, saya rasa ada yang tidak kena. Saya pernah uruskan PRU banyak kali, saya tengok bagaimana calon itu bawa diri.

Ab Rashid ditanya mengenai kenyataan Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun semalam yang berkata parti politik boleh mula meletakkan calon berusia 18 tahun bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor.

PRK bagi Parlimen Tanjung Piai, Johor diadakan pada 16 November ini, sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 2 November, manakala tarikh mengundi awal pada 12 November.


KUALA LUMPUR: Parti politik tidak wajar meletakkan calon berusia 18 tahun untuk dipertaruhkan dalam mana-mana pilihan raya, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman.

Beliau yang juga merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan, berdasarkan pengalaman mengendalikan SPR sebelum ini, beliau merasakan wakil rakyat berusia 18 tahun  tidak sesuai.




“Pendapat peribadi saya, kalau letak calon 18 tahun dan rakyat pula pilih, saya rasa ada yang tidak kena. Saya pernah uruskan PRU banyak kali, saya tengok bagaimana calon itu bawa diri.

“Bagi saya, kalau tanya umur berapa patut jadi calon, sekurang-kurangnya 35 tahun ke atas. Kalau usia sebegitu, saya rasa bolehlah jadi wakkil rakyat. Kalau kurang daripada itu, saya rasa kurang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas hadir menghadiri Sesi Libat Urus Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) Bersama Parti Politik, hari ini.

Ab Rashid ditanya mengenai kenyataan Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun semalam yang berkata parti politik boleh mula meletakkan calon berusia 18 tahun bermula Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor.

Katanya, ini berikutan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang sudah diwartakan.

Pada 4 September lalu, pindaan Perkara 47 (calon usia 18) dan Perkara 119 (had usia mengundi) Perlembagaan Persekutuan mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong dan diwartakan pada 10 September.

PRK bagi Parlimen Tanjung Piai, Johor diadakan pada 16 November ini, sementara hari penamaan calon pula ditetapkan pada 2 November, manakala tarikh mengundi awal pada 12 November.

Loading...

Sumber:


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...