Bekas speaker Dewan Negara seru kuasa Raja dikembalikan seperti sebelum 1993

Vigneswaran berkata, saranan beliau hanya merujuk kepada pengembalian kuasa raja-raja Melayu khususnya berkaitan rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sumber (gambar): Malaysiakini

بكس سڤيكر ديوان نڬارا سرو كواس راج دكمباليقن سڤرتي سبلوم 1993

Yang di-Pertua Dewan Negara yang bersara, Senator Tan Sri SA Vigneswaran menyeru kepada kerajaan supaya menarik balik pindaan kontroversial 1993 yang disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut laporan, Vigneswaran berkata, pindaan tersebut dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja dan telah mengurangkan kuasa Raja Melayu maka kedaulatan Institusi Diraja harus dikembalikan.

Vigneswaran dipercayai merujuk kepada Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan kuasa Agong meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang.

Vigneswaran turut berharap kuasa raja-raja Melayu akah dikembalikan seperti pada zaman kemerdekaan.


PETALING JAYA: Yang di-Pertua Dewan Negara yang bersara, Senator Tan Sri SA Vigneswaran menyeru kepada kerajaan supaya menarik balik pindaan kontroversial 1993 yang disifatkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut laporan (Sinar), Vigneswaran berkata, pindaan tersebut dibuat tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja dan telah mengurangkan kuasa Raja Melayu maka kedaulatan Institusi Diraja harus dikembalikan.




“Adalah hasrat saya sebagai Yang di-Pertua yang bersara untuk menyeru kepada kerajaan agar menarik balik pindaan kontroversial 1993 yang hangat diperdebatkan sehingga kini.

“‘I stand corrected’. Kita harus mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu seperti pada zaman kemerdekaan. Dalam banyak perkara penting, kuasa Raja-Raja Melayu sangat jelas diperlukan bagi menjamin kestabilan politik dan masa depan masyarakat majmuk di negara ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Vigneswaran dipercayai merujuk kepada Perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan kuasa Agong meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang.

Malaysiakini pula melaporkan Vigneswaran sebagai berkata kuasa raja-raja Melayu akah dikembalikan seperti pada zaman kemerdekaan.

“Dalam banyak perkara penting, kuasa raja-raja Melayu sangat jelas diperlukan bagi menjamin kestabilan politik dan masa depan masyarakat majmuk di negara ini. 

“Masa saya menjadi Yang Dipertua Dewan Negara yang baru, kita telah ada persidangan speaker-speaker di negeri Johor dan Sultan Johor telah bertitah bahawa percanggahan masa buat penggubalan perlembagaan.

“Bila saya balik ke Dewan Negara saya telah mengarahkan supaya satu penyelidikan dijalankan.

Loading...

“Dan selepas penyelidikan dijalankan saya berpendapat bahawa penggubalan perlembagaan di mana kuasa raja-raja Melayu ditarik atau dikurangkan adalah tidak mengikut perlembagaan kerana persetujuan daripada majlis raja-raja Melayu tidak memberi kebenaran untuk membuat penggubalan.

“Dalam era ini selepas kita telah melihat secara langsung apa yang dibuat oleh yang Agong dalam krisis politik dan sebagainya, pada pendapat saya masa yang sesuai kerajaan membuat penyelidikan balik supaya kuasa raja-raja Melayu dikembalikan kerana dibawa sebuah negara majmuk.”

Bagaimanapun, Vigneswaran berkata, saranan beliau hanya merujuk kepada pengembalian kuasa raja-raja Melayu khususnya berkaitan rang undang-undang yang diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ketika ditanya apakah maksud beliau bahawa raja-raja Melayu tidak boleh diheret mahkamah Vigneswaran menolak.

“Tidak, yang itu semua dilakukan seperti biasa,” katanya

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...