
Khairuddin Abu Hassan
بلنجاوان 2021: انور سابوتج ڤمبڠكڠ، ڤاكستان هارڤن جادي ءڤق توروتء
Anwar Ibrahim telah sabotaj usaha memohon ‘undian secara berbelah bahagi’.
Pada hari selasa lepas semua ketua-ketua parti dari PH termasuk Warisan menghadiri mesyuarat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam mesyuarat tersebut segalanya sudah dibincang dan dipersetujui secara konsensus. Yang tidak dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut hanyalah Anwar Ibrahim.
Tetapi akhirnya, Anwar sabotaj pembangkang, dan ini jelas apabila pemimpin-pemimpin PH tidak bangun untuk meminta undian secara ‘berbelah-bahagi’ dalam dewan rakyat tadi.
Ini juga menggambarkan kebodohan pemimpin-pemimpin PH yang lain yang terlalu taksub serta menurut kehendak Anwar Ibrahim.
Lihatlah sendiri senarai ahli-ahli parlimen yang berdiri untuk menuntut undian secara ‘berbelah-bahagi’:
1. Mahathir Mohamad (Pejuang)
2. Mukhriz Mahathir (Pejuang)
3. Amiruddin Hamzah (Pejuang)
4. Shahruddin Md Salleh (Pejuang)
5. Mahfuz Omar (Amanah)
6. Hatta Ramli (Amanah)
7. Khalid Samad (Amanah)
8. Dr Dzulkefly (Amanah)
9. DW Hatta Ramli (Amanah)
10. Datuk Hj Hasanuddin (Amanah)
11. Hassan Karim (PKR)
12. Baru Bian (PSB)
13. Abdullah Sani (PKR)
Kalau bergaduh sekarang pun buang masa saja, kini ‘nasi sudah jadi bubur’. Tapi sebenarnya, kita tidak boleh memarahi Anwar Ibrahim seorang saja dalam isu ini.
Kenapa pemmpin-pemimpin PH yang lain bodoh sangat? Apakah kalau Anwar Ibrahim mengarahkan untuk makan tahi; mereka semua sanggup makan tahi?
Semua pemimpin-pemimpin PH yang sabotaj proses pengundian belanjawan 2021 pada petang tadi. Pemimpin-pemimpin PH semua main wayang saja’.
Mengapa pemimpin-pemimpin PH tidak bangun untuk meminta undian secara ‘berbelah-bahagi’ dalam dewan rakyat tadi?
Yang ada prinsip kental adalah Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin-pemimpin parti Pejuang saja. Empat orang dari ahli-ahli parlimen parti Pejuang semuanya bangun bagi meminta usul untuk mengundi secara ‘berbelah-bahagi’.
Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain tidak berprinsip serta terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.
Presiden PKR ini sudah banyak kali menipu pemimpin-pemimpin PH tetapi mereka tetap setia pada Anwar Ibrahim.
Ini saya benar-benar tidak faham. Sebab itu saya tinggalkan parti Amanah yang juga masih taksub dengan Anwar Ibrahim.
Tolong jangan main wayang lagi.
Keseluruhan rakyat malaysia jangan percaya lagi dengan sandiwara pemimpin-pemimpin pembangkang dari PH. Mereka ini semua amat mementingkan diri sendiri dan tidak boleh dipercayai sama sekali.
PH terlalu kuat ‘man wayang’ dan bersandiwara. Mereka bukanlah kalangan berprinsip sepertimana Tun Dr Mahathir Mohamad yang selalu ‘cakap serupa bikin’.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
