Belanjawan 2021: Bekas Menteri Kesihatan kesal potongan besar dalam perkhidmatan kesihatan

Dzulkefly menyertakan penjadualan yang dibuat oleh portal kesihatan Codeblue yang menyenaraikan beberapa potongan yang terlibat dalam belanjawan kali ini. Sumber (gambar): Fail TTF

بلنجاوان 2021: بكس منتري كصيحتن كسل ڤوتوڠن بسر دالم ڤرخدمتن كصيحتن

Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad kesal peruntukan belanjawan terhadap hampir semua perkhidmatan kesihatan menerima potongan besar.

Dalam satu temubual bersama Astro Awani semalam, Dzulkefly berkata, peruntukan RM31.94 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang diumumkan melalui Belanjawan 2021 semalam lebih rendah berbanding peruntukan bagi tahun 2020.

“Saya perlu katakannya kerana kita telah kurang mengeluarkan perbelanjaan (untuk KKM) sejak sedekad lalu, ini adalah masa yang terbaik untuk kita mengeluarkan perbelanjaan lebih. Kita (KKM) kekurangan kakitangan, kekurangan dana, jadi ini adalah masa yang terbaik.

“Untuk penyakit tidak berjangkit (NCD), apa-apa untuk penjagaan kesihatan yang utama, semuanya perlu ditingkatkan, peruntukan itu tidak banyak pun, jadi itu menjadi kebimbangan saya,” katanya.


PETALING JAYA: Bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad kesal peruntukan belanjawan terhadap hampir semua perkhidmatan kesihatan menerima potongan besar.

Dalam satu temubual bersama Astro Awani semalam, Dzulkefly berkata, peruntukan RM31.94 bilion untuk perkhidmatan kesihatan yang diumumkan melalui Belanjawan 2021 semalam lebih rendah berbanding peruntukan bagi tahun 2020.




“Tolak emolumen RM1.5 bilion kakitangan kontrak, maka jumlah peruntukan sebenar (untuk) KKM ialah RM30.4 bilion (sewaktu pentadbiran PN) Vs RM30.6 bilion (PH)! Kenapa,” ciapnya.

Pemotongan yang dimaksudkan meliputi program perubatan, kesihatan awam, kesihatan pergigian, perkhidmatan farmasi, penyelidikan dan sokongan teknikal serta penyelidikan dan sokongan teknikal.

Dzulkefly turut menyertakan penjadualan yang dibuat oleh portal kesihatan Codeblue yang menyenaraikan beberapa potongan yang terlibat dalam belanjawan kali ini. Antaranya:

1. Nefrologi: RM252.11 juta (2020) kepada RM56.44 juta (2021)

2. Kardiotoraks: RM180.5 juta (2020) kepada RM60.11 juta (2021)

3. Farmasi dan Bekalan: RM1.94 bil (2020) kepada RM512 juta (2021)

4. Radioterapi dan Onkologi: RM328 juta (2020) kepada RM136.43 juta (2021)

Loading...

5. Perubatan Am: RM1.73 bil (2020) kepada RM1.48 bil (2021)

6. Anestesiologi dan Rawatan Rapi: RM499.56 juta (2020) kepada RM449.45 juta (2021)

7. Perubatan Pernafasan: RM38.4 juta (2020) kepada RM34.4 juta (2021)

8. Psiakiatri dan Kesihatan Mental: RM344 juta (2020) kepada RM313 juta (2021)

“Saya perlu katakannya kerana kita telah kurang mengeluarkan perbelanjaan (untuk KKM) sejak sedekad lalu, ini adalah masa yang terbaik untuk kita mengeluarkan perbelanjaan lebih. Kita (KKM) kekurangan kakitangan, kekurangan dana, jadi ini adalah masa yang terbaik.

“Untuk penyakit tidak berjangkit (NCD), apa-apa untuk penjagaan kesihatan yang utama, semuanya perlu ditingkatkan, peruntukan itu tidak banyak pun, jadi itu menjadi kebimbangan saya,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...