Belanjawan 2021 berbaur politik, harus ditolak semua ahli parlimen

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Pada hemat peribadi saya, Belanjawan 2021 tidak menekankan sangat kearah untuk memacukan semula ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi sebagai satu anjakan paradigma tetapi matlamatnya ialah untuk menjadi sesetengah bidang sebagai ‘mesin atm’ kearah menyenangkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN untuk menggunakan dana bagi tujuan agenda politik”

Khairuddin Abu Hassan

بلنجاوان 2021 برباور ڤوليتيك، هاروس دتولق سموا اهلي ڤرليمين

Belanjawan 2021 merupakan satu deraf yang agak ‘merapu’ di mana terdapat banyak peruntukan yang amat sangsi pada kacamata rakyat jelata.

Contoh yang paling ketara ialah peruntukan untuk agensi JASA sejumlah rm81,000,000 bagi tahun 2021 di saat keseluruhan rakyat sedang menghadapi pelbagai kesusahan hidup.

Peruntukan kepada agensi JASA tiada kena mengena dengan agenda untuk menyelesaikan atau meringankan bebanan hidupan harian rakyat.




Begitu juga dengan peruntukan khas kepada jabatan perdana menteri dinaikkan dari RM100 juta pada tahun ini ke RM1 bilion pada tahun 2021.

Peruntukan ini melambangkan ‘kegilaan’ perdana menteri serta pemimpin-pemimpin politik yang mana sejumlah besar ini sepatutnya disalurkan kepada bidang-bidang khusus yang boleh membantu meringankan bebanan penghidupan seharian rakyat serta agenda memerangi pandemik Covid-19.

Terlalu banyak peruntukan Belanjawan 2021 yang boleh kita pertikaikan kerana menitik beratkan kepentingan politik daripada agenda memperkasakan ekonomi negara dan mencari formula terbaik membasmi pandemik covid-19 secara berkesan,

Ahli-ahli parlimen amat tidak amanah sekiranya mereka menyokong Belanjawan 2021 secara membuta-tuli melalui menandatangani perjanjian ‘confident and supply’ (CSA) semata-mata untuk dapatkan peruntukan kawasan parlimen sejumlah lebih kurang rm3.8 juta setahun.

Kepentingan bangsa dan negara mesti diutamakan dari hanya untuk memperolehi peruntukan kawasan parlimen bagi wakil-wakil rakyat pembangkang.

Banyak teras peruntukan Belanjawan 2021 yang mesti dipinda.

Kita jangan sama sekali mengizinkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN meluluskan Belanjawan 2021 dengan matlamat untuk mereka mudah mencuri dana dari mana-mana peruntukan bagi kepentingan agenda politik kesemua parti-parti komponen PN khususnya di saat desas-desus PRU15 kemungkinan bakal diadakan pada suku pertama tahun depan.

Loading...

Mereka tidak harus fikirkan tentang kepentingan peruntukan parlimen semata-mata tanpa mengambil kira Belanjawan 2021 yang bakal dilaksanakan selama setahun kearah memelihara kesejahteraan mahupun keselamatan rakyat.

Begitu juga Belanjawan 2021 tidak boleh disokong sekiranya ianya tidak menjaminkan untuk kelangsungan serta kemampanan ekonomi negara.

Jika dikaji secara terperinci Belanjawan 2021 ini mempunyai pelbagai kemusykilan yang amat sangsikan rakyat jelata dan dilihat agak sukar untuk memulihkan ekonomi negara atau memerangi pandemik covid-19 secara berkesan.

Pada hemat peribadi saya, Belanjawan 2021 tidak menekankan sangat kearah untuk memacukan semula ekonomi negara ke tahap yang lebih tinggi sebagai satu anjakan paradigma tetapi matlamatnya ialah untuk menjadi sesetengah bidang sebagai ‘mesin atm’ kearah menyenangkan kerajaan ‘tebuk atap’ PN untuk menggunakan dana bagi tujuan agenda politik.

Agenda politik lebih diutamakan. Begitu juga dengan agenda untuk membasmi pandemik covid-19 juga dilihat tidak diambil serius oleh pihak kerajaan PN apabila banyak peruntukan-peruntukan di bawah kementerian kesihatan Malaysia turut dipotong.

Namun, dalam apa jua keadaan kita ingin melihat sikap ahli-ahli parlimen PH samada mereka akan menggadaikan maruah diri serta prinsip semata-mata bagi memperolehi peruntukan parlimen yang selama ini tidak pernah pun diperolehi sehinggalah kerajaan PH ditubuhkan selama 22 bulan sebelum ‘langkah Sheraton’ mencuri kerajaan PH yang sah dipilih rakyat pada PRU14 yang lepas.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...