Belanjawan 2021: Dewan Rakyat lulus peruntukan kementerian Azmin Ali

Undian belah bahagian dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah itu. Sumber (gambar): Fail TTF

بلنجاوان 2021: ديوان رعيت لولوس ڤرونتوكن كمنترين عزمين علي

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selepas diputuskan menerusi undian belah bahagian. 

Keputusan undian dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dengan seramai 110 wakil rakyat menyokong, 104 tidak menyokong dan enam tidak hadir.

Terdahulu, Azhar memutuskan sidang ditempohkan selama 10 minit, selepas dua minit loceng pertama dibunyikan bagi membolehkan ruang masa diberi kepada Ahli Parlimen untuk berada dalam dewan.

Aturan itu adalah kelaziman sebelum ini, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pandemik COVID-19, yang mana kebenaran masuk Ahli Parlimen di dewan dihadkan 80 orang.


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2021) peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selepas diputuskan menerusi undian belah bahagian.

Keputusan undian dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dengan seramai 110 wakil rakyat menyokong, 104 tidak menyokong dan enam tidak hadir.




Undian belah bahagian dijalankan selepas lebih 15 Ahli Parlimen bangun menyokong supaya RUU itu diputuskan menerusi kaedah itu.

MITI menjadi kementerian keempat dengan kelulusan ditentukan menerusi kaedah itu selepas Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan pada Isnin dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) pada Selasa lalu.

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian berkenaan dilakukan oleh Menteri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terdahulu, Azhar memutuskan sidang ditempohkan selama 10 minit, selepas dua minit loceng pertama dibunyikan bagi membolehkan ruang masa diberi kepada Ahli Parlimen untuk berada dalam dewan.

Aturan itu adalah kelaziman sebelum ini, bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika pandemik COVID-19, yang mana kebenaran masuk Ahli Parlimen di dewan dihadkan 80 orang.

Berikutan insiden kesalahan pengiraan undian bagi RUU Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan Isnin lalu, Azhar menetapkan ketua blok yang ditugaskan mengira undi akan dipantau oleh wakil pemerhati daripada parti berlainan.

Dalam insiden itu, Datuk Shahbudin Yahya (BERSATU-Tasek Gelugor) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), tersilap menandakan bahawa Datuk Seri Mohd Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) turut menyokong RUU itu sedangkan ahli parlimen itu tidak hadir.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...