BELANJAWAN 2021: PERUNTUKAN RM14.40396 BILION KEPADA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN BAWAH WEE KA SIONG PERLU PANTAUAN RAPI

Bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Memperkasakanlah budaya ‘syarikat tempatan dahulu’ dari kita mendewakan syarikat-syarikat luar yang hakikatnya lebih kurang sama saja dengan kebolehan syarikat tempatan”

Khairuddin Abu Hassan

Cara pelaksanaan dan perbelanjaan peruntukan Belanjawan 2021 sejumlah RM14.40396 bilion kepada kementerian pengangkutan yang diterajui oleh Wee Ka Siong mesti diperhati serta diteliti secara terperinci.

Rakyat Malaysia mesti pantau ‘modus operandi’ kementerian pengangkutan khususnya dalam menganugerahkan projek-projek di bawah kementeriannya agar peluang-peluang kontrak harus diberi keutamaan kepada syarikat-syarikat tempat yang tulen dan berkebolehan.

Kita sering kali mendengar kementerian pengangkutan hanya berminat untuk menganugerahkan kontrak-kontrak kepada syarikat-syarikat dari negara China atau syarikat tempatan yang usaha-sama dengan negara itu saja.




Walhal kita sepatutnya harus jaminkan pelaksanaan peruntukan ini bakal memunafaatkan syarikat-syarikat tempatan yang tulen serta berkebolehan dan mempunyai aset-aset yang setaraf dengan syarikat-syarikat dari luar negara.

Syarikat-syarikat tempatan yang mempunyai mutu daya kebolehan tinggi setanding dengan syarikat-syarikat luar mesti diberi keutamaan bagi memperolehi kontrak-kontrak kerajaan.

Sesungguhnya, kita ingin menasihati menteri pengangkutan agar ‘tidak anak-tirikan’ atau cuba ‘membunuh’ syarikat-syarikat tempatan yang tulen.

Perbuatan seperti ini amat merugikan negara kerana menyekat secara sengaja potensi daya maju anak-anak tempatan.

Pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memerhatikan secara lebih dekat dan membuat pemantauan di atas setiap tender-tender yang bakal dikeluarkan oleh kementerian pengangkutan.

Jika menteri pengangkutan terlalu berminat untuk menganugerahkan kontrak-kontrak kerajaan kepada warga asing ini amat merugikan aliran tunai kita yang akan mengalir keluar secara berterusan.

Pada realitinya, projek-projek kerajaan ini mampu dibina oleh hanya syarikat-syarikat tempatan saja.

Loading...

Peruntukan besar Belanjawan 2021 kepada kementerian pengangkutan meliputi projek MRT Jajaran Kedua sejauh 56 km dari Selayang ke Putrajaya berjumlah RM23 bilion.

Projek LRT3 dari Bandar Utama, Shah Alam dan Klang berjumlah RM9 bilion. Sejumlah RM150 juta diperuntukan bagi menaik taraf landasan keretapi Pantai Timur.

Begitu juga dengan projek-projek Landasan berkembar letrik Lembah Klang, landasan berkembar Gemas-Johor Bharu, Transit Rapid Johor Bharu – Woodlands dan High Speed Rail Kuala Lumpur – Singapura harus dipantau secara terperinci oleh badan penguatkuasaan undang-undang agar syarikat-syarikat tempat yang berdaya-maju setaraf dengan syarikat-syarikat luar tidak dianiayai serta dianak-tirikan oleh Wee Ka Siong di masa hadapan.

Jangan pandang remeh dalam isu ini kerana jika kita tidak pandangnya secara serius; tidak mustahil pandangan ini bakal menjadi realiti.

Kadang kala walaupun proses tender diujudkan namun ‘modus operandi’ licik dapat dirancangkan untuk membolehkan syarikat-syarikat luar memenangi kontrak-kontrak kerajaan.

Ramai beranggapan menganugerahkan kontrak-kontrak kerajaan kepada syarikat-syarikat asing akan memudahkan kalangan tertentu ‘mengutip’ habuan di luar negara.

Perbuatan dan amalan rasuah mesti diperangi secara habis-habisan jika kita ikhlas mahu selamatkan negara seterusnya menjaminkan Malaysia terus makmur di bidang ekonomi.

SPRM mesti pantau secara habis-habisan dalam setiap penganugerahan kontrak-kontrak kerajaan di bawah peruntukan Belanjawan 2021 ini tanpa sebarang unsur ‘pilih kasih’.

Prinsip ‘yang benar tetap benar’ mesti dipegang erat oleh setiap badan penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

Amalan rasuah juga telah menghancurkan harapan syarikat-syarikat tempatan   yang berkebolehan seringkali tewas kepada syarikat-syarikat asing disebabkan oleh layanan ‘double standard’ oleh pihak-pihak tertentu.

Kerajaan Malaysia harus memperkasakan budaya anugerah kontrak-kontrak kepada syarikat-syarikat tempatan yang tulen dan mempunyai potensi tinggi untuk mereka berkembang dibandingkan dengan syarikat-syarikat luar negara.

Pegawai-pegawai kerajaan juga mesti amanah, berintegriti, akauntabiliti dan berani mendedahkan amalan-amalan rasuah yang terlalu jijik demi menjaminkan kemampanan kemajuan negara Malaysia tempat tumpah darah kita.

Memperkasakanlah budaya ‘syarikat tempatan dahulu’ dari kita mendewakan syarikat-syarikat luar yang hakikatnya lebih kurang sama saja dengan kebolehan syarikat tempatan.

Budaya ‘Malaysia Boleh’ harus dihidupkan semula dan disuntikan semangat ini di kalangan pemimpin-pemimpin serta penjawat awam kita.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...