Belanjawan 2021 sah lulus, ‘majoriti’ Anwar tidak kelihatan

Undi belah bahagi pada peringkat jawatankuasa sebelum itu juga berakhir dengan 111-108, dengan satu ahli parlimen tidak hadir. Sumber (gambar): Fail TTF

بلنجاوان 2021 صح لولوس، ءماجوريتيء انور تيدق كليهاتن

Rang Undang-undang Perbekalan 2021 diluluskan hari ini selepas bacaan ketiga di Dewan Rakyat.

Menurut laporan, undian belanjawan itu dijalankan secara belah bahagi dengan 111 ahli parlimen menyokong, dan 108 MP menentang dengan seorang lagi tidak hadir. 

Sepintas lalu, kelulsan Belanjawan tidak bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin disokong majoriti ahli-ahli parlimen.

Kelulusan Belanjawan 2021 turut menimbulkan persoalan di manakah sokongan ahli-ahli parlimen dari UMNO yang kononnya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9.

Sejak semalam, media sosial dan jaringan portal pro-Anwar dan pro-Najib memarakkan propaganda kononnya ‘majoriti’ Anwar akan kelihatan hari ini dan kerajaan pimpinan Muhyiddin akan tumbang.


PETALING JAYA: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 diluluskan hari ini selepas bacaan ketiga di Dewan Rakyat.

Menurut laporan, undian belanjawan itu dijalankan secara belah bahagi dengan 111 ahli parlimen menyokong, dan 108 MP menentang dengan seorang lagi tidak hadir.




Undi belah bahagi pada peringkat jawatankuasa sebelum itu juga berakhir dengan 111-108, dengan satu ahli parlimen tidak hadir.

Ahli Parlimen yang tidak hadir itu dipercayai adalah Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Kelulusan ini bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal berkuasa.

Rang undang-undang Perbekalan itu kini akan dibentangkan di Dewan Negara untuk dibahaskan dan diundi.

Dewan Rakyat kini mempunyai 220 anggota berikutan kematian dua Ahli Parlimen (Gerik dan Batu Sapi). Oleh itu, 111 undi adalah diperlukan untuk majoriti mudah.

Sepintas lalu, kelulsan Belanjawan tidak bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin disokong majoriti ahli-ahli parlimen.

Kelulusan Belanjawan 2021 turut menimbulkan persoalan di manakah sokongan ahli-ahli parlimen dari UMNO yang kononnya menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-9.

Loading...

Sejak semalam, media sosial dan jaringan portal pro-Anwar dan pro-Najib memarakkan propaganda kononnya ‘majoriti’ Anwar akan kelihatan hari ini dan kerajaan pimpinan Muhyiddin akan tumbang.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...