Belanjawan 2021: Tiada siapa boleh halang mana-mana ahli parlimen Khamis depan

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

بلنجاوان 2021: تياد سياڤا بوليه هالڠ مان-مان اهلي ڤرليمين خميس دڤن

Pada hari pengundian dasar Belanjawan 2021 samada dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat ataupun tidak semua ahli parlimen mempunyai hak untuk mengundi.

Ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Seranai 220 ahli-ahli parlimen berhak untuk masuk ke dalam Dewan Rakyat untuk mengundi.

Pada realitinya, kaedah pengundian terbaik ialah mengundi secara sulit. Atau sekurang-kurangnya seramai 15 ahli-ahli parlimen mesti bangun untuk memohon pengundian secara ‘berbelah-bagi’ dari Speaker Parlimen.




Setiap ahli parlimen yang mewakili rakyat mempunyai hak mutlak untuk mengundi pada hari pengundian dasar Belanjawan 2021 yang dijangkakan pada hari Khamis depan.

Tiada siapa pun berhak untuk menghalang kesemua 220 orang ahli-ahli parlimen dari mengundi.

Keseluruhan rakyat Malaysia serta dunia luar akan tunggu untuk lihat gelagat bagaimana Speaker Parlimen hendak bertindak seterusnya buat keputusan mengenai kaedah pengundian.

Speaker Parlimen pula harus bersikap professional dan tidak berat sebelah. Malahan, Speaker Parlimen tidak boleh biarkan mana-mana pihak untuk mempengaruhi tindakannya.

Dalam ertikata lain, Speaker Parlimen jangan jadi bacul.

Beliau yang dilantik oleh KDYMM Agong mesti bertindak mengikut undang-undang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan tanpa boleh membiarkan dirinya ‘diperkudakan’ oleh sesiapapun!

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...