Belanjawan 2021 wajib ditolak, tidak menepati kepentingan rakyat, ekonomi

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

بلنجاوان 2021 واجب دتولق، تيدق منڤتي كڤنتيڠن رعيت، ايكونومي

Mana-mana ahli-ahli parlimen yang menyokong Belanjawan 2021 yang tidak menepati kepentingan rakyat, politik, ekonomi serta pandemik covid-19 adalah pengkhianat kepada bangsa dan negara.

Keseluruhan rakyat Malaysia sudah mendengar pembentangan Belanjawan yang cukup teruk dalam sejarah pentadbiran negara.

Jika pembentangan Belanjawan 2021 itu teruk dan tidak menitik-beratkan kesejahteraan keseluruhan rakyat Malaysia; jadi apakah perlu serta harus kita menyokong Belanjawan yang teruk ini?




Lihat sahaja kenyataan ‘palsu’ menteri kewangan Malaysia yang menyatakan sekiranya Belanjawan ini ditolak maka kita bakal membebankan rakyat kerana gaji-gaji penjawat awam tidak boleh dibayar.

Ini adalah satu pendustaan yang tidak berasas dan menteri kewangan telah menipu serta mahu memperbodohkan rakyat jelata semata-mata.

Keseluruhan ahli-ahli parlimen harus tolak Belanjawan yang teruk ini dan selepas itu serahkan kepada kami untuk membuktikan bahawa setiap kenyataan menteri kewangan itu tidak benar sama sekali.

Sesungguhnya, kami akan membuktikan kepada menteri kewangan yang ‘kurang cerdik’ ini bahawa kepentingan rakyat jelata tetap akan terpelihara seperti biasa walaupun Belanjawan ini ditolak.

Inilah masalahnya jika negara mempunyai seorang menteri kewangan ‘half past six’. Saya amat simpati dengan menteri kewangan yang kurang cerdik ini yang senantiasa diperkotak-katikkan oleh bossnya yang juga tidak pandai sama sekali.

Dia menipu serta menakut-nakutkan rakyat Malaysia yang tidak bodoh seperti mereka. Menteri kewangan ini hanyalah ‘budak suruhan’ dan akhirnya akan membelitkan dirinya sendiri.

Ingat, jika dia melakukan perkara-perkara yang tidak betul, akhirnya dia sendiri yang terpaksa menjawab pada rakyat.

Loading...

Wakil-wakil rakyat pada era ‘norma baru’ harus berani menjunjung kebenaran dan jangan sama sekali cuba bersubahat dengan perbuatan-perbuatan yang boleh merugikan rakyat ataupun negara.

Para pengundi menyandarkan satu amanah yang cukup berat kepada setiap wakil-wakil rakyat mereka dalam parlimen pada hari khamis depan yang kemungkinannya merupakan hari mengundi samada untuk terima atau menolak Belanjawan 2021.

Sekiranya ahli-ahli parlimen menyokong Belanjawan 2021 tanpa pindaan mengikut tuntutan-tuntutan rakyat maka mereka inilah kalangan pengkhianat pada hakikatnya.

Jangan sama sekali menyokong Belanjawan 2021 yang berbaur politik semata-mata untuk beri ruang pada kerajaan masakini buat persediaan bagi menghadapi PRU15 pada bila-bila masa.

Tanpa pindaan pada Belanjawan 2021 sepertimana yang diharapkan oleh 32 juta rakyat Malaysia maka Belanjawan ini mesti ditolak secara tegas.

Penolakan Belanjawan 2021 tidak akan terkesan langsung pada keseluruhan rakyat tetapi menyokong Belanjawan ini membawa erti kita bersubahat dengan kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang tidak menghormati kemahuan rakyat.

Jangan sama sekali kita takut untuk menolak Belanjawan 2021 yang tidak memunafaatkan rakyat Malaysia pada dasarnya.

Ini bukan Belanjawan untuk rakyat tetapi ini adalah Belanjawan yang hanya mementingkan kepentingan ‘survival’ politik kerajaan ‘tabuk atap’ PN saja.

Belanjawan 2021 ditolak membawa erti kemungkinannya kerajaan ‘tebuk atap’ PN juga bakal tumbang.

Jika perkara ini berlaku insya-Allah; dengan izin Allah swt kesemua kabinet kerajaan ‘tebuk atap’ PN mesti letak jawatan masing-masing secara sukarela dan biarkan kami menggalas semula tanggungjawab secara terbaik serta teramanah mungkin bagi melaksanakan agenda secara jujur kearah membina semula ‘Malaysia Baharu’.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...