
بلوم اد ڤڠصحن ڤيليتاكن جاوتن لتهيايفا كويا
Beberapa portal berita sejak malam tadi melaporkan perihal peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.
Portal-portal berkenaan, yang memetik sumber yang tidak dinamakan, mendakwa Latheefa menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu oleh kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Sejak pelantikan itu, Latheefa berjanji menyiasat beberapa individu berprofil tinggi dan membuka semula beberapa kes lama.
TANJUNG MALIM: Beberapa portal berita sejak malam tadi melaporkan perihal peletakan jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya.
Portal-portal berkenaan, yang memetik sumber yang tidak dinamakan, mendakwa Latheefa menghantar surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Beliau bersama pegawainya ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sekitar 10 pagi tadi untuk menyerahkan surat itu.
“Bagaimanapun, pengesahan sama ada peletakan jawatannya itu diterima atau sebaliknya tidak dapat dipastikan selain perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” sumber itu dipetik sebagai berkata.
Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu oleh kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Sejak pelantikan itu, Latheefa berjanji menyiasat beberapa individu berprofil tinggi dan membuka semula beberapa kes lama.
Terbaru, beliau mengejutkan negara apabila mendedahkan sembilan klip rakaman audio yang dilihat mengandungi perbualan telefon beberapa individu berprofil tinggi, termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Turut dikaitkan dengan klip tersebut ialah bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad, di mana kesemua kip dilihat berkait dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.
Semua percubaan TTF untuk mendapatkan kepastian daripada pihak SPRM gagal sehingga kini.
THE THIRD FORCE
