Benar atau tidak Maszlee sokong Anwar di luar pengetahuan Mahathir

Maszlee dan pegawainya tidak membuat sebarang kenyataan menafikan atau mengesahkan surat sokongan terhadap Anwar yang tular. Sumber (gambar): Fail TTF

بنر اتاو تيدق مسزلي سوكوڠ انور د لوار ڤڠتاهوان محضير

Tindakan Dr Maszlee Malik yang dikatakan memberi sokongan kepada ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dibuat di luar pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber yang rapat dengan pengasas Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) itu memberitahu Astro AWANI, jika benar, tindakan ahli Parlimen Simpang Renggam itu sangat mengejutkan.

“Sehingga kini, Maszlee masih gagal dihubungi oleh pejabat Tun Mahathir untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Satu surat didakwa akuan bersumpah (SD) Maszlee memberi sokongan kepada Anwar tular di media sosial lewat petang Sabtu.


KUALA LUMPUR: Tindakan Dr Maszlee Malik yang dikatakan memberi sokongan kepada ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan dibuat di luar pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber yang rapat dengan pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberitahu Astro AWANI, jika benar, tindakan ahli Parlimen Simpang Renggam itu sangat mengejutkan.




Ini kerana Anwar ketika sidang media pada 23 September lepas memaklumkan ahli Parlimen yang mewakili Pejuang tidak ada dalam senarainya.

Sumber itu juga memberitahu, Pejabat Dr Mahathir berusaha menghubungi Maszlee untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu, namun bekas Menteri Pendidikan berkenaan gagal dihubungi.

“Sehingga kini, Maszlee masih gagal dihubungi oleh pejabat Tun Mahathir untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” kata sumber tersebut kepada Astro AWANI.

Satu surat didakwa akuan bersumpah (SD) Maszlee memberi sokongan kepada Anwar tular di media sosial lewat petang Sabtu.

Menerusi surat itu Mazlee didakwa menyatakan beliau ikhlas memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi dan setia kepada Anwar.

Usaha Astro AWANI untuk mendapatkan penjelasan Maszlee berhubung perkara berkenaan juga masih belum berhasil.

Maszlee dan pegawainya juga tidak membuat sebarang kenyataan menafikan atau mengesahkan perkara berkenaan.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...