“Anwar tahu bahawa kedudukan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri memberikan tekanan kepada RoS, malah mungkin menimbulkan tekanan terhadap mahkamah yang sedang mengendalikan kesnya. Tonton juga video di hujung bawah yang menerangkan isu ini (ATAU KLIK DI SINI)“
Raggie Jessy Rithaudeen
بنركه انور سقدر ڤردان منتري بونيكا، ترڤقسا توندوق كڤد زاهيد؟
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Pada 2 Disember 2022, hanya lapan hari selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar mengumumkan bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Pengumuman ini mengejutkan satu Malaysia, memandangkan Zahid berdepan 47 pertuduhan jenayah di mahkamah dan terlibat dalam Kleptokrasi yang dikecam hebat oleh Anwar sebelum ini.
Zahid kemudian mengorak pelbagai langkah yang menimbulkan syak bahawa UMNO di bawah kepimpinannya mempunyai pengaruh yang besar terhadap Anwar dan mungkin juga mengawal Anwar.
Antaranya, Zahid mengumumkan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai pengerusi FELCRA, hanya beberapa hari setelah Anwar mengisytiharkan pemecatan semua lantikan politik ke agensi berkait kerajaan.
Zahid seolah-olah memberi isyarat bahawa beliau boleh membuat apa jua keputusan, sekalipun keputusan itu bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh Perdana Menteri sendiri.
TONTON: ZAHID PALING BERKUASA PADA KETIKA INI
Walaupun Anwar akhirnya menidakkan pelantikan ini, keesokan hari, beliau seolah-olah mempertahankan Zahid dengan mendakwa kononnya pelantikan orang politik bagi jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah bersyarat.
Kemudian, orang kuat Zahid mengetuai satu komplot untuk menumbangkan kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor, sekalipun tahu bahawa Hajiji mesra dengan pentadbiran pusat di bawah kepimpinan Anwar.
Terkini, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) meluluskan satu usul yang bukan hanya pelik, ianya menghalang secara paksa sesiapa daripada mencabar presiden atau timbalan presiden pada pemilihan parti.
Kelulusan usul ini jelas melanggar perlembagaan UMNO dari sudut penguatkuasaan mahupun cara ianya dibangkitkan, dan kini sedang diteliti oleh RoS.
Ini menimbulkan dilema buat Anwar, kerana jika RoS mengaku bahawa ketetapan PAU tidak berperlembagaan, Zahid mungkin dicabar dan kalah pada pemilihan UMNO.
Sekiranya Zahid kalah, tidak ada kepastian samada presiden baharu UMNO akan kekal bekerjasama dengan Pakatan Harapan atau beralih sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebaliknya, jika RoS mendakwa bahawa ketetapan PAU tidak melanggar perlembagaan UMNO, satu Malaysia akan menghina kerajaan dan menuduh Anwar mengabaikan prinsip kedaulatan undang-undang.
Ini kerana perlembagaan UMNO cukup mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat, yang semestinya boleh menilai sendiri bagaimana Zahid menyekat hak berperlembagaan ahli-ahli UMNO untuk bertanding jawatan presiden.
Anwar tahu bahawa kedudukan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri memberikan tekanan kepada RoS, malah mungkin menimbulkan tekanan terhadap mahkamah yang sedang mengendalikan kesnya.
Namun, Anwar terus berdiam diri dan membenarkan segala apa yang berlaku terus berlaku, termasuk siasatan terhadap buku Tommy Thomas yang tidak disenangi oleh ramai pemimpin DAP.
Walaupun saya bersetuju dan sokong siasatan ini, hakikatnya, Pakatan Harapan sebelum ini menuduh kerajaan pimpinan UMNO memangsakan Tommy Thomas dengan menggunakan siasatan terhadap bukunya sebagai peluru politik.
Kini, Anwar tiba-tiba berdiam diri apabila siasatan terhadap buku Thomas diperluaskan, dan ini telah memperkuatkan lagi syak bahawa Anwar terpaksa tunduk kepada Zahid.
Apakah Anwar sekadar perdana menteri boneka dan terpaksa tunduk kepada Zahid?
Saya tidak tahu, namun tanda-tandanya ada…
