
بنركه دعوأن زاهيد اكر اومبي امنو سوكوڠ كرجاسام دڠن دڤ؟
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Sama ada benar atau tidak akar umbi UMNO menerima kerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH) sebagaimana dakwaan presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hanya akan terbukti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi.
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir mengambil contoh tatkala Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai yang tertangguh setelah calon PH meninggal dunia.
Ketika pilihan raya Parlimen itu diadakan, katanya kerajaan PH-Barisan Nasional (PH-BN) telah terbentuk yang turut melibatkan UMNO.
“Gelombang rakyat membadai sehingga calon Perikatan Nasional (PN) menang majoriti 16,260 undi.
Jadi, betulkah akar umbi boleh terima UMNO bekerjasama dengan DAP?
Sama ada benar atau tidak akar umbi UMNO menerima kerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan (PH) sebagaimana dakwaan presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hanya akan terbukti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi.
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir mengambil contoh tatkala Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Parlimen Padang Serai yang tertangguh setelah calon PH meninggal dunia.
Ketika pilihan raya Parlimen itu diadakan, katanya kerajaan PH-Barisan Nasional (PH-BN) telah terbentuk yang turut melibatkan UMNO.
TONTON: PROKLAMASI MELAYU TUN MAHATHIR CETUS KECEMASAN LUARBIASA SERIUS DALAM PH, BN, PENJARA KAJANG
“Gelombang rakyat membadai sehingga calon Perikatan Nasional (PN) menang majoriti 16,260 undi.
Jadi, betulkah akar umbi boleh terima UMNO bekerjasama dengan DAP? soal beliau ketika mengulas kenyataan Zahid bahawa keputusan pemilihan UMNO yang berakhir baru-baru ini, menunjukkan akar umbi mahu kekal bersama DAP dalam kerajaan campuran PH-BN.
Bagaimanapun, beberapa ulasan ditemui dalam laman media sosial menunjukkan tidak semua akar umbi gembira kerjasama antara UMNO dan PH, khususnya DAP.
Mereka memberi amaran bahawa sama ada benar akar umbi memberi dukungan atau tidak boleh dilihat pada PRN yang akan diadakan di enam negeri – Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan – yang dijangka pertengahan tahun ini.
Mengulas lanjut, Roslan berkata akar umbi yang sama dahulu pernah diperingatkan oleh Zahid dengan lantang iaitu ‘No DAP’.
“No DAP itu atas pelbagai alasan termasuklah DAP sebagai ancaman kepada nasib dan masa depan umat Melayu Islam termasuk UMNO,” katanya.
Bagaimanapun Roslan berkata Zahid kini boleh menerima DAP setelah mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan duduk di dalam Kabinet PH.
“Apa pun sama-sama kita tunggu PRN enam negeri tidak berapa lama lagi. Kalau benar dakwa Zahid itu pasti UMNO sapu bersih enam buah negeri ini, atau bagaimana?
“Sesungguhnya umat Melayu Islam bermaruah, matang dan cerdik berpolitik dewasa ini, jangan pandang rendah dan perlekehkan kemampuan mereka.
“Yang mereka tuntut adalah pemimpin yang bersih, bertaqwa, berintegriti dan jujur membela dan mempertahankan nasib mereka. Kita lihatlah nanti apa kata mereka,” katanya.
Sumber:
