Bendera Putih: Mufti Pulau Pinang mohon maaf

Semalam, Salim dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup bagi mendapatkan bantuan. Sumber (gambar): Fail TTF

بنديرا ڤوتيه: مفتي ڤولاو ڤينڠ موهون معاف

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini memohon maaf kepada semua pihak berhubung kenyataannya tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih.

Beliau hari ini tampil menjelaskan kenyataannya itu berikutan timbul salah faham dalam kalangan masyarakat.

Salim berkata, beliau tidak berniat untuk menghalang langkah mengibarkan bendera putih itu jika ia boleh dijadikan cara berkesan untuk menyedarkan pihak berkuasa dan masyarakat awam, selain memudahkan semua pihak menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, kenyataannya juga sebelum ini bertujuan untuk memperbetulkan persepsi yang salah sebahagian rakyat terutama mereka yang terjejas pendapatan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bahawa pihak berkenaan mengabaikan tanggungjawab sosial terhadap mereka.


PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini memohon maaf kepada semua pihak berhubung kenyataannya tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih.

Beliau hari ini tampil menjelaskan kenyataannya itu berikutan timbul salah faham dalam kalangan masyarakat.




“Ingin saya tegaskan bahawa tujuan saya menyatakan pandangan saya yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut adalah semata-mata didorong kebimbangan ia boleh menggugat akidah seorang Muslim.

“Ini boleh berlaku jika tindakan itu bermotifkan sikap berputus asa daripada rahmat Allah dan tidak bersabar terhadap ujiannya,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu Salim berkata, beliau tidak berniat untuk menghalang langkah mengibarkan bendera putih itu jika ia boleh dijadikan cara berkesan untuk menyedarkan pihak berkuasa dan masyarakat awam, selain memudahkan semua pihak menghulur bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Katanya, kenyataannya juga sebelum ini bertujuan untuk memperbetulkan persepsi yang salah sebahagian rakyat terutama mereka yang terjejas pendapatan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bahawa pihak berkenaan mengabaikan tanggungjawab sosial terhadap mereka.

Katanya, sebaliknya nasib mereka sentiasa mendapat perhatian dan sedia dibantu dan dibela oleh kerajaan Persekutuan dan negeri, di samping agensi dan institusi tertentu.

“(Ini) termasuk Pusat Pengurusan Zakat setiap negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (KKM) dan sebagainya.

“Perlu diperingatkan bahawa dalam kenyataan tersebut juga saya menggesa pihak berkuasa dan agensi-agensi kerajaan supaya bertindak lebih intensif dan agresif dalam usaha membantu golongan yang terjejas pendapatan dalam tempoh PKP.

Loading...

“Malah saya juga menyeru syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta supaya turut membantu meringankan kepayahan hidup golongan berkenaan,” katanya.

Semalam, Salim dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan mengibar bendera putih sebagai usaha menzahirkan kesusahan hidup bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, tindakan itu tidak wajar dilakukan kerana ia mencerminkan sikap putus asa dan mengalah terhadap situasi yang dihadapi.

Salim berkata, umat Islam khususnya, perlu memahami bahawa sikap mudah mengalah dan berputus asa dengan kesusahan dihadapi adalah dilarang.

Kempen mengibarkan bendera putih mendapat perhatian meluas baru-baru ini dengan menyeru mereka yang terputus bekalan makanan menggunakan cara itu untuk mendapatkan bantuan.

Sumber:

WAJIB BACA: 

Hanya Mahathir seorang beri jalan penyelesaian khusus



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...