Berak tepi jalan lepas tu tak mengaku…

“Salahuddin harus berani berdepan dengan realiti dan mengaku, bahawa AMANAH ingin menolak bulat-bulat Belanjawan 2021 tetapi menjadi serba salah apabila DAP termakan logik palsu yang didendangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada saat terakhir, tanpa menyedari bahawa Anwar kini bersekutu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi”

Raggie Jessy Rithaudeen

يرق تڤي جالن لڤس تو تق مڠاكو…

Sebentar tadi, saya terserempak dengan kenyataan Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub yang dipaparkan menerusi sebuah portal berita alternatif.

Menurut portal tersebut, Salahuddin menegaskan bahawa kesemua 11 Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) sebenarnya menolak belanjawan yang dibentangkan oleh kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN).




Menurutnya, terdapat kekecohan apabila undi berbelah bahagi yang dicadangkan oleh Speaker Dewan Rakyat hanya mendapat sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen dari AMANAH dan kumpulan Tun Dr Mahathir Mohammad.

“Terdapat kekeliruan dalam cadangan yang disuarakan oleh Speaker Dewan Rakyat dan perkara itu telah dicadangkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

“Berlakunya kekeliruan di situ kerana kesediaan tidak terlahir dan akhirnya hanya 13 Ahli Parlimen dari pembangkang yang berdiri memberikan sokongan kepada cadangan dari Mahfuz tadi.

“Namun walau bagaimanapun saya menegaskan Parti AMANAH mengambil prinsip menolak belanjawan tersebut secara ‘total’,” katanya.

Jika benar itu yang dikatakan oleh Salahuddin, saya ingin menasihati beliau untuk elakkan berpropaganda tahap sekolah rendah kerana beliaulah antara pemimpin AMANAH yang amat saya hormati.

Hakikatnya, peraturan Dewan Rakyat yang memerlukan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen berdiri bagi melaksanakan undi berbelah bahagi diketahui semua ahli Dewan dan bukanlah peraturan baharu yang dicipta semalam.

Salahuddin harus berani berdepan dengan realiti dan mengaku, bahawa AMANAH ingin menolak bulat-bulat Belanjawan 2021 tetapi menjadi serba salah apabila DAP termakan logik palsu yang didendangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada saat terakhir, tanpa menyedari bahawa Anwar kini bersekutu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Loading...

Ya, kerjasama ini wujud, dan perkara ini telah lama saya dedahkan.

Apa pun, janganlah berpropaganda sampai tahap sebegini Salahuddin, janganlah sampai orang kata “AMANAH berak tepi jalan lepas tu tak mengaku.”

Bila dah silap, mengaku sahaja silap, kemudian ucap Bismillah dan minta pedoman daripada Allah SWT agar semua terbabit ditujukan ke arah yang benar

Wallahu A’lam

KREDIT: SHUKUR MOHAMAD

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...