
Beratus perwakilan Kongres Nasional PKR 2019 hari ini bertindak keluar dewan dipercayai memprotes perbahasan Ucapan Dasar Presiden yang didakwa tidak membicarakan isu penting seperti kemiskinan rakyat, ekonomi dan reformasi.
Kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kira-kira sejam setengah sebelum kongres hari ini berakhir, menyaksikan perwakilan yang majoritinya dari Selangor, bertindak keluar secara beransur-ansur menyebabkan tempat duduk bahagian perwakilan di dalam dewan kosong.
Perwakilan yang keluar dewan itu bagaimanapun tidak menimbulkan kekecohan sebaliknya hanya melaungkan kata-kata ‘balik, balik’ ketika berada di luar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sambil masing-masing bergerak meninggalkan bangunan.
AYER KEROH: Beratus perwakilan Kongres Nasional PKR 2019 hari ini bertindak keluar dewan dipercayai memprotes perbahasan Ucapan Dasar Presiden yang didakwa tidak membicarakan isu penting seperti kemiskinan rakyat, ekonomi dan reformasi.
Sebaliknya, beberapa perwakilan dan pemerhati yang ditemui mendakwa pembahas menggunakan kesempatan berbahas itu untuk mengkritik kepemimpinan dan menyindir Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kumpulannya.
Kejadian kira-kira jam 3 petang itu, kira-kira sejam setengah sebelum kongres hari ini berakhir, menyaksikan perwakilan yang majoritinya dari Selangor, bertindak keluar secara beransur-ansur menyebabkan tempat duduk bahagian perwakilan di dalam dewan kosong.
Difahamkan, perwakilan dan pemerhati menerima pesanan ‘WhatsApp’ dan panggilan telefon daripada individu tertentu yang meminta mereka keluar dewan perbahasan ketika wakil Selangor, Dr G Shathiskumar sedang berucap.
Perwakilan yang keluar dewan itu bagaimanapun tidak menimbulkan kekecohan sebaliknya hanya melaungkan kata-kata ‘balik, balik’ ketika berada di luar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sambil masing-masing bergerak meninggalkan bangunan.
Kira-kira 15 minit selepas kumpulan perwakilan dan pemerhati terbabit beredar dari MITC, Naib Presiden PKR, Tian Chua turut dilihat meninggalkan MITC.
Sumber:
