Bercanggah dengan kenyataan Hadi, majoriti pemimpin UMNO tolak PPBM

Hadi mendakwa PAS akan cuba menyatukan PPBM dan UMNO. Sumber (gambar): Fail TTF

برچڠڬه دڠن كڽاتأن هادي، ماجوريتي ڤميمڤين امنو تولق ڤڤبم

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa majoriti pemimpin UMNO positif untuk bergabung dengan PPBM, walaupun tidak menafikan terdapat pertembungan politik antara kedua-dua parti itu khususnya di peringkat akar umbi.

Menurut FMT, Hadi berkata beliau percaya perselisihan antara UMNO dan PPBM akan dapat diselesaikan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, majoriti pemimpin kedua-dua Team A dan Team B ingin putuskan hubungan dengan PPBM menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, manakala ‘blok pemisah’ yang diwakili segelintir pemimpin dari kedua-dua blok ingin menjarakkan diri dari PPBM sekarang.

Ini bermakna lebih 80 peratus pemimpin UMNO di peringkat parlimen, negeri dan bahagian tidak ingin parti itu dikaitkan dengan PPBM, bercanggah dengan dakwaan Hadi kononnya “majoriti pemimpin UMNO positif untuk bergabung dengan PPBM.”


PETALING JAYA: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa majoriti pemimpin UMNO positif untuk bergabung dengan PPBM, walaupun tidak menafikan terdapat pertembungan politik antara kedua-dua parti itu khususnya di peringkat akar umbi.

Menurut FMT, Hadi berkata beliau percaya perselisihan antara UMNO dan PPBM akan dapat diselesaikan menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).




“Kita berjaya mewujudkan satu piagam Muafakat Nasional (MN) antara PAS-Umno. Dalam piagam ini, kita bersetuju untuk memperkasakan kepimpinan Melayu-Islam dan mengajak parti-parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sertai MN.

“Malangnya, bila kita hendak ajak, terdapat pertembungan politik antara Umno dan PPBM. Bagaimanapun, Alhamdulillah majoriti pimpinan Umno positif. Cuma, nak selesaikan ia, Insya-Allah menjelang pilihan raya umum ke-15 kita dapat atasi,” katanya dalam forum bertajuk “Masa Depan Malaysia, Ke Mana Kita?”.

Walaubagaimanapun, sumber-sumber TTF mengesahkan UMNO kekal terbahagi kepada tiga kumpulan – Team A (minoriti), Team B (majoriti) dan ‘puak pemisah’.

Team A diterajui oleh gandingan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan bersekutu dengan presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan ini turut melakukan perbincangan dengan wakil DAP dan bersetuju jika Barisan Nasional dan Pakatan Harapan membentuk gabungan kerajaan biarpun UMNO terpaksa bekerjasama dengan DAP.

Manakala itu, Team B menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Anwar atau DAP dan cenderung memihak kepada Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan gandingannya bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Majoriti pemimpin kedua-dua Team A dan Team B ingin putuskan hubungan dengan PPBM menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, manakala ‘blok pemisah’ yang diwakili segelintir pemimpin dari kedua-dua blok ingin menjarakkan diri dari PPBM sekarang.

Loading...

Ini bermakna lebih 80 peratus pemimpin UMNO di peringkat parlimen, negeri dan bahagian tidak ingin parti itu dikaitkan dengan PPBM, bercanggah dengan dakwaan Hadi kononnya “majoriti pemimpin UMNO positif untuk bergabung dengan PPBM.”

Hadi berkata demikian ketika UMNO bersetuju untuk membawa usul memutuskan hubungan dengan PPBM pada perhimpunan agung parti itu. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dalam kenyataan memaklumkan perhimpunan itu ditangguhkan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...