Beri kelulusan operasi pada kilang arak, kemudian naik pangkat?

“Apakah kerajaan inginkan semua pihak berpuas hati sedangkan pihak yang melanggar PKP dengan memberikan kelulusan operasi secara rahsia kepada Carlsberg dan Heineken kini memiliki lebih kuasa untuk mengawal selia aktiviti kilang-kilang berkenaan?”

Raggie Jessy Rithaudeen

بري كلولوسن اوڤراسي ڤد كيلڠ ارق، كمودين ناءيق ڤڠكت؟

Baru-baru ini, dua surat dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang memberikan pengecualian kepada dua kilang arak, iaitu Heineken Malaysia Berhad dan Carlsberg untuk beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular di Facebook dan WhatsApp.




Ada pihak mendakwa surat-surat berkenaan, ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam Ahmad, dikeluarkan secara rahsia tanpa kelulusan rasmi oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi ataupun Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Walaubagaimanapun, Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid, semalam mengaku bahawa beliau dan Alexander tahu berkenaan kebenaran operasi kilang arak berkenaan bagi tempoh penguatkuasaan PKP.

Apa pun, kerajaan semalam (Isnin, 6hb Mac 2020) memutuskan untuk membatalkan kelulusan operasi dua kilang berkenaan dan berkata MITI akan bertindak mengeluarkan surat pembatalan serta merta.

Saya difahamkan, Hasnol dipindahkan ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan akan menjawat jawatan pengerusi berkuatkuasa 1hb April 2020.

Begitukah?

Apakah Hasnol kini diberi kepercayaan menerajui sebuah badan yang mengawal selia aktiviti koprat dan perniagaan di Malaysia di bawah kementerian yang sama setelah bertindak melanggar ketetapan kerajaan berhubung PKP?

Bukankah ini akan memberikan beliau lebih ruang lagi untuk membuat keputusan-keputusan yang tidak masuk akal, berat sebelah atau menyebelahi pihak-pihak tertentu seperti Carlsberg dan Heineken di masa hadapan?

Loading...

Mengapakah pihak kementerian tidak memberikan surat tunjuk sebab kepada Hasnol dan mengarahkannya untuk bercuti sementara siasatan dilakukan?

Bukankah tindakan beliau terang-terang melanggar ketetapan kerajaan yang bersandar kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, dan bukankah menjadi tangungjawab pihak kerajaan dan polis untuk menyiasat sekiranya berlaku salah guna kuasa atau rasuah melibatkan Hasnol dan (atau) pihak-pihak lain dalam KPDNHEP?

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara itu tidak harus lagi menjadi isu kerana kerajaan sudah memutuskan untuk membatalkan kelulusan operasi dua kilang arak berkenaan.

Apakah kerajaan inginkan semua pihak berpuas hati sedangkan pihak yang melanggar PKP dengan memberikan kelulusan operasi secara rahsia kepada Carlsberg dan Heineken kini memiliki lebih kuasa untuk mengawal selia aktiviti kilang-kilang berkenaan?



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...