Berita buruk buat Apandi Ali

“Menurut Hakim Datuk Azimah Omar, keterangan Apandi bercanggah dengan keterangannya sendiri (yang terdahulu), dan beliau bersikap ‘cuba mengelak’ dan tidak berterus terang”

Raggie Jessy Rithaudeen

بريتا بوروق بوات اڤندي علي

Selama tujuh tahun, timbul syak bahawa bekas peguam negara, Tan Sri Apandi Ali, bersubahat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam percubaan Najib untuk menjarakkan dirinya daripada skandal 1MDB dan SRC Internasional.

Kini, syak itu bertambah lagi apabila Apandi dikatakan memberi keterangan yang bercanggah berkait isu “derma RM2.6” dalam saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh bekas peguam negara itu terhadap Lim Kit Siang.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Menurut Hakim Datuk Azimah Omar, keterangan Apandi bercanggah dengan keterangannya sendiri (yang terdahulu), dan beliau bersikap ‘cuba mengelak’ dan tidak berterus terang.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, dalam satu sidang media, Apandi secara terang-terangan membersihkan nama Najib berhubung skandal 1MDB, SRC dan aliran dana RM2.6 bilion, sekaligus mengesahkan bahawa kisah derma Raja Arab Saudi yang dimasyurkan oleh Najib adalah benar.

Namun, tidak lama selepas Pilihan Raya Umum ke-14, Najib sendiri mengaku dalam satu termuramah bersama Al Jazeera bahawa beliau hanya menganggap dana RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun bank peribadi miliknya merupakan derma Raja Arab Saudi.

Pengakuan ini sahaja seharusnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa Apandi tidak berterus terang dalam siding medianya dan mungkin dicalonkan sebagai Peguam Negara oleh Najib untuk cuba membersihkan nama bekas perdana menteri itu di kaca mata rakyat.

Syak bahawa wujud subahat antara Najib dan Apandi menggunung apabila timbul persoalan bagaimana Apandi boleh mencapai keputusan yang bertentangan dengan hasil siasatan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Abu Kassim dalam masa yang begitu singkat.

Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara pada 27hb Julai 2015, menggantikan Gani Patail yang dipecat secara rasmi pada tarikh yang sama.

Lima bulan kemudian, Apandi memberitahu sidang media bahawa berdasarkan ‘fakta’ dan ‘bukti’, tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh Najib berkait 1MDB dan SRC.

Loading...

Namun, sehingga hari ini, bukan hanya ‘fakta’ dan ‘bukti’ itu tidak pernah ditampilkan, hasil siasatan yang dilakukan oleh Apandi – sekiranya ada – tidak pernah didedahkan.

Yang paling lawak, dua dokumen yang ditunjukkan oleh Apandi kepada media dalam sidang itu sebenarnya mencadangkan bahawa Najib bersalah dan menerima wang secara haram.

Kenyataan terkini Hakim Datuk Azimah Omar mencadangkan bahawa ‘fakta’ dan ‘bukti’ yang disebut-sebut oleh Apandi adalah rekaan semata-mata.

Dalam kes SRC, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengesahkan bahawa kisah “derma Raja Arab Saudi” yang dimasyurkan oleh Najib tidak lebih dari “cerita dongeng” yang tidak disokong sebarang bukti.

Semua ini menyokong hujah bahawa Apandi menyalahgunakan kedudukannya sebagai Peguam Negara untuk cuba ‘menyucikan’ nama Najib.

Apabila Gani Patail dipecat, sel-sel media yang berkait dengan Najib mula memarakkan teori konpirasi hampir setiap hari, kononnya Gani bersubahat dengan lima Tan Sri untuk mengaibkan bekas perdana menteri itu.

Teori ini dimarakkan setelah Gani Patail bersetuju dengan Abu Kassim untuk menahan Najib dan menghadapkannya ke mahkamah atas beberapa pertuduhan yang berkait dengan skandal SRC dan 1MDB.

Namun, sehingga hari ini, tidak ada sebarang ‘fakta’ atau ‘bukti’ ataupun hasil siasatan berhubung teori konspirasi ini yang didedahkan oleh Najib, kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa.

Apakah SPRM tidak ingin membuka kertas siasatan terhadap Apandi Ali setelah didendangkan dengan segala maklumat ini?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...