Berita palsu ‘penangkapan’ anak Lim: Jangan dibalas fintah dengan fitnah

TTF mengesahkan bahawa maklumat berhubung siasatan yang kononnya dilakukan terhadap anak Lim Guan Eng oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semuanya palsu belaka dan tidak berasas. Sumber (gambar): Fail TTF

بريتا ڤلسو ءڤنڠكاڤنء انق ليم: جاڠن دبالس فينته دڠن فتنه

Akhbar Nanyang Siang Pau hari ini mengaku bahawa laporan yang mendakwa seorang anak pemimpin Pakatan Harapan (PH) ditangkap di Singapura dengan wang tunai RM2 juta adalah berdasarkan maklumat yang salah.

Semalam, TTF mengesahkan bahawa laporan yang mengaitkan anak Lim Guan Eng, Clint Lim Way Chau dengan penangkapan seorang individu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Singapura adalah palsu.

Walaupun Lim Guan Eng menamakan Papa Gomo sebagai salah seorang yang menyebarkan berita palsu ini, TTF difahamkan ianya mula-mula ditimbulkan oleh salah seorang penyokong tegar pemimpin politik terkenal sebelum ianya disentuh oleh akhbar Nanyang.

Maklumat palsu itu kemudiannya tular di WhatsApp di mana anak Lim didakwa telah ditangkap kerana cuba menyeludup wang tunai berjumlah RM2 juta merentasi sempadan Malaysia-Singapura.

TTF sendiri telah beberapa kali menuduh Lim Guan Eng melakukan fitnah dan membuat laporan polis terhadapnya tetapi sama sekali tidak bersetuju jika pihak yang berdendam dengan Lim ataupun tidak menyukainya melemparkan fitnah sehingga mengaibkan ahli keluarga Lim.


PETALING JAYA: Akhbar Nanyang Siang Pau hari ini mengaku bahawa laporan yang mendakwa seorang anak pemimpin Pakatan Harapan (PH) ditangkap di Singapura dengan wang tunai RM2 juta adalah berdasarkan maklumat yang salah.

Selain meminta maaf secara terbuka, akhbar aliran Cina itu berkata artikel yang diterbitkan tidak menyebut parti politik yang terlibat atau orang yang dimaksudkan.




“Artikel itu tidak menyebutkan parti politik yang terlibat atau orang yang dimaksudkan.

“Perkara itu banyak diperdebatkan dalam talian dan menyebabkan mendapat kecaman,” katanya.

Semalam, TTF mengesahkan laporan yang mengaitkan anak Lim Guan Eng, Clint Lim Way Chau dengan penangkapan seorang individu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Singapura adalah palsu.

Perkara itu disahkan kepada TTF oleh seorang pegawai kanan polis berpangkat tinggi yang mendakwa berita yang ditularkan itu palsu.

TTF juga mengesahkan bahawa maklumat berhubung siasatan yang kononnya dilakukan terhadap anak Lim Guan Eng oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semuanya palsu belaka dan tidak berasas.

Walaupun Lim Guan Eng menamakan Papa Gomo sebagai salah seorang yang menyebarkan berita palsu ini, TTF difahamkan ianya mula-mula ditimbulkan oleh salah seorang penyokong tegar pemimpin politik terkenal sebelum ianya disentuh oleh akhbar Nanyang.

Maklumat palsu itu kemudiannya tular di WhatsApp di mana anak Lim didakwa telah ditangkap kerana cuba menyeludup wang tunai berjumlah RM2 juta merentasi sempadan Malaysia-Singapura.

Loading...

Clint Lim turut didakwa terlibat dengan satu kumpulan yang kononnya menipu seorang ahli perniagaan bernama Goh Choon Kim dengan wang tunai bernilai jutaan ringgit.

Dalam mesej lain, Goh dikatakan telah membayar wang suapan sebanyak RM615,000.00 kepada ACP Azman bin Mohd Isa agar anak saudaranya tidak didakwa bawah Akta SOSMA.

TTF medapati kesemua mesej ini samada tidak berasas ataupun tidak disiasat oleh pihak PDRM dan SPRM sepertimana yang didakwa.

TTF menentang terus gejala fitnah bagi menjatuhkan sesiapa sekalipun, lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan ahli keluarga individu yang difitnah.

TTF sendiri telah beberapa kali menuduh Lim Guan Eng melakukan fitnah dan membuat laporan polis terhadapnya tetapi sama sekali tidak bersetuju jika pihak yang berdendam dengan Lim ataupun tidak menyukainya melemparkan fitnah sehingga mengaibkan ahli keluarga Lim.

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...