
Bersatu Kuala Terengganu mendesak Timbalan Presiden, Hamzah Zainudin mengisytihar gencatan politik dalaman yang menjejaskan imej parti dan menghakis keyakinan rakyat.
Bahagian itu dalam mesyuarat pada Jumaat turut menuntut Hamzah menafikan sebarang dakwaan mengaitkannya dengan “gerakan subversif” atau cubaan menggugat kepimpinan Presiden Muhyiddin Yassin.
Ia turut meminta Hamzah menjelaskan hubungannya dengan ahli sedang berdepan tindakan tatatertib.
“(Juga) Memberi penjelasan telus mengenai isu-isu yang timbul selepas PRN Sabah serta mengambil tanggungjawab kolektif terhadap prestasi parti,” katanya dalam kenyataan.

PETALING JAYA: Bersatu Kuala Terengganu mendesak Timbalan Presiden, Hamzah Zainudin mengisytihar gencatan politik dalaman yang menjejaskan imej parti dan menghakis keyakinan rakyat.
Bahagian itu dalam mesyuarat pada Jumaat turut menuntut Hamzah menafikan sebarang dakwaan mengaitkannya dengan “gerakan subversif” atau cubaan menggugat kepimpinan Presiden Muhyiddin Yassin.
Ia turut meminta Hamzah menjelaskan hubungannya dengan ahli sedang berdepan tindakan tatatertib.
“(Juga) Memberi penjelasan telus mengenai isu-isu yang timbul selepas PRN Sabah serta mengambil tanggungjawab kolektif terhadap prestasi parti,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, Hamzah perlu bertanggungjawab atas kegagalan Bersatu, yang meletakkan 33 calon, memenangi sebarang kerusi pada PRN Sabah Sabtu lalu.
Katanya, Bersatu sedang melalui fasa kritikal akibat pertelagahan dalaman, justeru ia mendesak semua pimpinan tertinggi menghentikan segera sebarang bentuk perbalahan, kenyataan bercanggah dan serangan di media sosial.
“Tumpuan parti mesti kembali kepada rakyat, bukan drama politik dalaman.
“Pihak lawan kini mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap perpecahan ini untuk melemahkan sokongan kepada Bersatu.”
Menurutnya, tiada parti boleh memenangi PRU jika kepimpinannya bercakaran dan saling meragui.
“Kami mahu melihat Bersatu kembali kuat, tersusun dan bersatu di bawah satu nakhoda,” katanya menggesa pimpinan tertinggi dan ketua cawangan patuh serta akur terhadap keputusan Perhimpunan Agung Tahunan 2025.
Sumber:
