BERSATU parti hancur Melayu

Dato’ Razlan Rafii

1. Apabila membaca perlembagaan Bersatu dan mareka memilih untuk menjadikan Melayu dan Bumiputera sebagai dasar Parti mereka, nampak jangal apabila Ketua Pemudanya berkata sudah tidak ada ketuanan Melayu.




2. Melayu bukan mahu menjadikan negara ini tuan, tetapi Negara ini sememangnya adalah Tanah Melayu, dan apabila di satu kan Sabah dan Serawak, Melayu berkongsi dengan bangsa-bangsa lain menjadikan Ia Malaysia.

3. Dahulu Dr Mahathir menjual Melayu dengan menulis “Malay Dilema”, setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir seorang yang gagal, dan beliau berkata “Melayu Mudah Lupa”.

4. Hari ini, melalui orang kanannya, seperti Rafidah Aziz dan Syed Saddiq, mereka sekali lagi berusaha mempergunakan bangsa untuk memikirkan formula  mendapatkan kuasa dengan menjual Rakyat Malaysia. Kononya, Ketuanan Melayu ini pula sudah tidak relevan dan sebagainya.

5. Inilah saya ibaratkan bahawasanya, Dr Mahathir, Syed Saddiq bersama dengan kuncu-kuncu mereka termasuk Muhyddin Yassin yang sedang bekerja keras mahu melaksanakan Dasar Parti DAP dengan kesamarataan. Dimana dahulunya, mereka ini menentang DAP demi mendapat pengaruh Orang Melayu.

6. Tidak sangka, orang Melayu seperti ini yang sekian lama mempergunakan Melayu, menjelajah di serata tanah Melayu dengan mendapatkan pengaruh Melayu, hari ini demi memujuk DAP, Melayu sudah tidak wujud dalam kamus Mereka.

7. Saya nak tanya Syed Saddiq, apa salah Melayu sehingga kamu nak buang Melayu di Malaysia, bukankah sepaturnya kamu bekerja keras untuk membawa Melayu berjaya seperti dasar parti anda?

8. Apakah maksud sudah tidak ada Ketuanan Melayu? Adakah maksudnya, rebrand  ASB kepada Amanah Saham Malaysia dan selepas ini, tidak ada lagi UITM, tidak ada lagi kuota Melayu, tidak ada lagi Kepentingan Islam, dan tidak ada lagi kepentingan-kepentingan lain, seperti Nelayan, Felda, dan tanah-tanah Melayu?

Loading...

9. Apa sebenarnya yang anda hendak nyatakan ini?

10. Jadi lah Melayu yang bukan malu mengaku diri anda Melayu, kalau tidak elok lah, gelarkan anda bukan Melayu dan anda tiada Bangsa!!

Sekian

Datuk Razlan Rafii
Aktivis Melayu.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...